ISKANDAR PUTERI: Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Autonomi (ART).
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata jumlah itu diperoleh berdasarkan analisis terperinci perbandingan antara sistem LRT dan ART, susulan pembentangan daripada dua konsortium yang mencadangkan sistem pengangkutan awam LRT dan ART.
"Bagi sistem LRT, ia memerlukan reka bentuk baharu untuk seksyen bertingkat selain memerlukan kelulusan railway scheme.
"Bagi infrastruktur depoh dan stesen LRT, ia memerlukan pengambilan tanah untuk depoh di Desa Jaya dan pengambilan tanah seluas dua hektar bagi landasan untuk switching/shunting," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Chen Kah Eng (DAP-Stulang) mengenai perkembangan kajian LRT di Johor Bahru.
Mohd Fazli berkata satu jawatankuasa khas melibatkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Kewangan (MoF), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) telah diadakan Disember tahun lepas bagi menyemak hasil analisis dan cadangan itu.
Menurut beliau, jawatankuasa khas itu telah bersidang sebanyak dua kali termasuk mendengar pembentangan daripada dua konsortium yang mencadangkan sistem pengangkutan awam LRT dan ART.
Mohamad Fazli berkata antara asas pertimbangan yang ditekankan kerajaan ialah sistem pengangkutan yang akan dibangunkan ini dapat disiapkan pada akhir Disember 2026.
Katanya, ia selaras tarikh bermulanya operasi Rapid Transit System (RTS) yang menghubungkan Bukit Chagar ke Woodlands, Singapura.
"Kesesakan akan berlaku di Stesen RTS Bukit Chagar sekiranya perkhidmatan penyuraian penumpang (ART/LRT) tidak disiapkan selaras permulaan operasi RTS.
"Justeru, kerajaan negeri menyokong cadangan pembinaan elevated ART (E-ART) untuk dibangunkan di Bandaraya Johor Bahru bagi menggantikan sistem Bus Rapid Transit (BRT) yang dibatalkan oleh kerajaan Persekutuan sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Mohamad Fazli berkata antara asas pertimbangan yang ditekankan kerajaan ialah sistem pengangkutan yang akan dibangunkan ini dapat disiapkan pada akhir Disember 2026. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank.

ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.

Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.

SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.

STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai esok - MOF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan mulai esok melibatkan peruntukan RM2.3 bilion.

Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.