KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya kini dalam proses perolehan bagi memuktamadkan skop dan kos projek penyenggaraan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang diijangka dapat diselesaikan pada hujung tahun ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja penyenggaraan akan dijalankan oleh syarikat yang mendapat kelulusan Kementerian Kewangan selama tempoh tiga tahun bermula dengan penyerahan pakej yang telah siap secara berperingkat.
"Bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kerajaan, pakej yang sudah siap akan disenggara oleh konsesi penyenggaraan jalan persekutuan sedia ada. Perkara ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin sehingga kontrak baharu ditandatangani," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang ingin tahu status terkini projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan sama ada kerja penyenggaraan selepas tamat pembinaan akan diswastakan serta bagaimana syarikat itu akan dilantik.
Menjawab pertanyaan berkenaan Alexander berkata fasa satu projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, melibatkan pakej kerja Teluk Malano ke Sematan telahpun siap pada 2019, manakala status kemajuan sehingga April 2023 melibatkan baki 10 pakej dari Sematan ke Miri kini mencapai 94 peratus siap.
"Hampir keseluruhan jajaran akan siap November 2023 kecuali beberapa seksyen di Miri yang perlu direka bentuk semula dan hanya dapat disiapkan 2025.
Sementara itu, Alaxendar berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini mengguna pakai kaedah 'Ujian Tanpa Musnah' dalam menentukan kualiti turapan atau pembaikan jalan yang telah dilaksanakan di sesuatu kawasan.
Katanya kaedah ini adalah sebahagian daripada langkah JKR dalam melaksanakan audit selepas satu-satu kerja penurapan jalan dilakukan.
"Melalui kaedah ini, kualiti turapan dapat dipantau secara terus di tapak dan tidak perlu lagi perlu mengambil sampel ujian untuk dibawa ke makmal.
"Ini antara beberapa langkah yang perlu diambil untuk memastikan standard jalan raya di negara ini adalah yang terbaik," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Alexander berkata kerja-kerja penyenggaraan akan dijalankan oleh syarikat yang mendapat kelulusan Kementerian Kewangan selama tempoh tiga tahun. - Gambar fail
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Satu kegagalan jika kita gagal kerjasama depani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
JKR Sarawak pamer prestasi membanggakan dalam projek Persekutuan - Abang Johari
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah membuktikan kemampuan bukan sahaja berjaya melaksanakan projek mega peringkat negeri, tetapi juga Persekutuan.
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, pada Khamis.
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah
KKR akan turun padang dengan lebih kerap untuk membantu kerajaan negeri Sabah memulihkan pakej-pakej kerja bagi Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikategorikan bermasalah dan 'sakit'.
Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dipercepat bagi membolehkan rakyat negeri itu menikmati kemudahan jalan raya lebih baik.
SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander
Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.