Isu kos sara hidup merupakan antara isu yang paling diberi perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Hasil cerapan Panel Penyelidik Universiti Malaya (UM) mendapati isu kos sara hidup menduduki tangga keempat dalam ranking isu yang paling dibimbangi rakyat Malaysia selain isu gaji, pekerjaan dan pengangguran yang menduduki tempat pertama.
Menyedari hakikat itu, kerajaan hingga 2016 telah membelanjakan lebih RM23.5 bilion bagi mengurangkan beban kewangan rakyat melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kos Sara Hidup (COL) sejak ia diperkenalkan pada 2011.
Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016, bantuan diberikan melalui bantuan segera dan bantuan jangka pendek seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M).
Usaha kerajaan juga turut memperlihatkan purata pendapatan golongan B40 turut meningkat daripada RM2,537 kepada RM2,828 pada 2016.
Bagaimanapun, pada sisi lain, masih wujud lompang kemiskinan yang mendalam di celah-celah kemakmuran yang dikecapi.
Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang membuat tinjauan di 17 projek perumahan rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur, umpamanya, mendapati 10 peratus kanak-kanak menikmati kurang daripada tiga hidangan sehari.
Ia antara punca yang menyebabkan kes kekurangan berat badan, pertumbuhan terbantut, dan kurus kering dalam kalangan kanak-kanak di PPR adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding purata kes di Kuala Lumpur.
Luqman Hariz membawakan hasil dapatan data kerjasama Astro AWANI, Universiti Malaya dan Berkshire Media berkenaan perbandingan kos sara hidup di bandar dan juga luar bandar.
Shafizan Johari
Wed Apr 18 2018
Hasil kajian UM menyatakan isu kos sara hidup menduduki tangga keempat dalam rangking isu yang paling dibimbangi rakyat Malaysia. -Foto Bernama
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Tiada kompromi bagi peniaga naikkan harga barang
Peniaga sepatutnya bertimbang rasa kerana dalam keadaan terdesak orang ramai tetap membeli walaupun pada harga yang mahal.
Kos sara hidup isu keempat paling dibimbangi rakyat Malaysia - kajian
Hasil kajian UM menyatakan isu kos sara hidup menduduki tangga keempat dalam rangking isu yang paling dibimbangi rakyat Malaysia.
Naikkan gaji pekerja, selesaikan masalah kos sara hidup dan rasuah
Dengan menghadapi suasana ekonomi semasa dalam dan luar negara yang kurang menentu serta masalah kenaikan kos sara hidup, sudah pasti ia sedikit sebanyak memberi tekanan kewangan kepada semua pihak.
Peniaga lakukan kesalahan GST perlu didakwa segera - Ahmad Maslan
Rakyat mahu melihat keberkesanan penguatkuasaan undang-undang terhadap peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan pelaksanaan GST, sehingga membebankan hidup mereka.