KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup tidak boleh dibebankan kepada satu pihak semata-mata.
Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, usaha secara kolektif perlu berjalan kerana semua pihak mempunyai peranan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
"Kita tahu kerajaan tidak berdiam diri, mereka cuba buat sesuatu. Subsidi dan harga siling tidak habis di situ sahaja, kerana ia perlu pemantauan. Kita tidak mahu ada pihak melakukan pencatutan.
"Polisi eksport, sama juga seperti negara lain yang mengehadkan eksport. Jadi, semua ini ada kesan. Tetapi dari segi pasaran, kita tidak boleh bertahan hanya dengan subsidi, kerana 'a distorted market' akan memberi kesan.
"Pasaran perlu gambarkan situasi, kos pengeluaran dan permintaan, ia tidak boleh berterusan kerana negara akan terbeban.
"Di peringkat pengguna pula, tidak boleh lepas tangan, ada peranan juga dari segi cara kita melihat ekonomi, berbelanja kena berhemat seperti mengutamakan aspek makanan dan pendidikan," katanya ketika muncul dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Jelasnya, pada masa seperti inilah penyatuan dan kerjasama pihak pengguna peniaga dan kerajaan sangat penting, termasuk dalam aspek penetapan harga yang berpatutan dan penambahbaikan gaji.
Sementara itu, golongan peniaga khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dinasihat berfikir secara kreatif dan objektif dalam menangani kenaikan harga barang.
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro Abd Azharee Abdul Wahid berkata, paling utama adalah melengkapkan diri dengan ilmu dan perancangan yang menyeluruh.
"Kena pandai dan tahu merancang perniagaan. Kalau ada perancangan, sebagai contoh, kita sudah boleh agak, dua pekerja mungkin membebankan, jadi kita kurangkan jadi satu.
"Tetapi hendak merancang juga kena ada ilmu, kerana ilmu itu akan membantu peniaga memahami isu utamanya. Ini akan menguji minda usahawan.
"Tetapi, pada masa akan datang ia beri kebaikan, sebab mereka sudah tahu macam mana susun aturnya, apabila harga naik, dia tahu apa nak buat.
"Sebagai contoh, kawal kos sahaja tetapi jualan tidak berlipat kali ganda - itu juga satu masalah. Pembeli juga ada kekangan tertentu, kerana itu perancangan kena lebih menyeluruh, supaya usahawan nampak loophole yang mana mahu ditutup supaya boleh kekal berniaga," jelasnya.
Tambahnya, selain aspek pendigitalan, peniaga juga harus mula mencari alternatif dalam mempromosikan produk mereka, antaranya melalui platform NFT atau block chain yang kini semakin menjadi sebutan ramai.
Usahawan, katanya, perlu mempunyai ilmu secukupnya bagi meneroka platform baharu ini kerana bergantung kepada bantuan atau subsidi semata-mata tidak akan memberi kesan tanpa pengetahuan dan kemahiran yang betul.
Madiha Abdullah
Thu Jul 07 2022
![Kos sara hidup: Usahakan penyelesaian bersama, saling bergantung redakan keadaan Kos sara hidup: Usahakan penyelesaian bersama, saling bergantung redakan keadaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656660356_HargaayamJulai.jpg)
Golongan peniaga, khususnya yang terlibat dalam PMKS, dinasihat berfikir secara kreatif dan objektif dalam menangani kenaikan harga barang. - Gambar hiasan
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739269721_KPDNRampasan.jpg)
KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712385465_SaharuddinMohdKia.jpg)
KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran
KPDN Terengganu merampas sebuah lori tangki dan lima tangki gelongsor yang memuatkan 32,760 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.
![Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690968147_TBSINGAPOREVACCINE.jpg)
Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.
![OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738845163_TBOKUSAMPAH.jpg)
OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.
![Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738726306_HajahHanifah.jpg)
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
![KPDN Johor puji tindakan pantas halang penyelewengan RON95 KPDN Johor puji tindakan pantas halang penyelewengan RON95](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737803910_LilisSaslindaPorno.jpg)
KPDN Johor puji tindakan pantas halang penyelewengan RON95
KPDN memuji tindakan pantas seorang pekerja sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru kerana menghalang pemilik kenderaan berpendaftaran asing daripada mengisi petrol RON95.
![Tahap kesedaran mengenai hak kepenggunaan semakin meningkat - KPDN Tahap kesedaran mengenai hak kepenggunaan semakin meningkat - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737799622_tbKPDN.jpg)
Tahap kesedaran mengenai hak kepenggunaan semakin meningkat - KPDN
KPDN Pulau Pinang menerima 183 aduan dalam tempoh kurang sebulan, membuktikan tahap kesedaran mengenai hak kepenggunaan dalam kalangan masyarakat hari ini semakin meningkat.
![KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737801379_JualanRahmahMADANI.jpg)
KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.
!['Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan' 'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737678988_TBtol.jpg)
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.