SEREMBAN: Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran SUKMA ke-21 dari 17 hingga 24 Ogos itu akan berlangsung di sembilan daripada 12 bahagian di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Beliau berkata persiapan SUKMA ke-21 ketika ini berjalan lancar, dengan ada fasiliti sukan baharu yang dalam pembinaan dijangka siap pada Jun ini, di samping pelaksanaan kerja-kerja naik taraf beberapa venue sukan lagi.
"Perkara yang perlu diperhalusi adalah logistik, membabitkan pergerakan kontinjen negeri-negeri yang terlibat pada SUKMA ini (bagi memastikan ia) dapat berjalan dengan baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Kunjungan Hormat Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA ke-21, sempena Promosi SUKMA dan Para SUKMA Sarawak 2024 keatas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dan dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka Datuk Kalsom Nordin.
Abdul Karim berkata pada masa ini infrastruktur jalan raya di Sarawak bertambah baik, termasuk lebuh raya Pan Borneo yang hampir seratus peratus siap.
Semalam media melaporkan temasya SUKMA Sarawak bakal menjadi yang terbesar dalam sejarah penganjurannya dengan melibatkan lebih 12,000 atlet, mengambil bahagian dalam 37 acara sukan yang dipertandingkan.
Sementara itu Aminuddin berkata Negeri Sembilan menyertai 30 daripada 37 acara yang akan dipertandingkan dalam temasya SUKMA kali ini dengan penyertaan kontinjen yang mengandungi 500 orang, termasuk sekretariat, pasukan perubatan, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet.
"Bagi SUKMA kali ini, kita meletakkan sasaran ranking di bawah 10 kontinjen terbaik, dengan sasaran pingat emas melebihi 19. Saya berharap kontinjen negeri dapat membuktikan kemampuan, berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan," katanya dan menambah kontijen Negeri Sembilan akan bertolak ke Sarawak secara berperingkat mulai 8 Ogos ini.
Beliau berkata antara acara disertai adalah akuatik, skuasy, badminton, boling, berbasikal, wushu, bola keranjang, sofball, tenis dan bola sepak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga, kiri) menyerahkan cenderahati kepada Exco Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka VP Shanmugam (empat, kanan). - Foto BERNAMA

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang saingan acara silat Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Bandaraya Miri, semalam.

Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.

Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.

Atlet memanah diberi tempoh dua minggu jawab isu doping - NAAM
Namun, sehingga kini badan induk sukan itu tidak boleh menyatakan nama atlet tersebut dan warna pingat yang diperoleh di Sukma Sarawak Julai lepas.

Empat atlet Sukma Sarawak positif ujian doping
Empat pemenang pingat Sukma Sarawak didapati positif menggunakan bahan terlarang.

Selangor juara Sukma 2016, namun Hafiz Jantan akan diingati
Hasrat Sarawak untuk menjulang juara keseluruhan edisi Sukma kali ini dipintas Selangor dengan perbezaan dua pingat emas dalam saingan penuh dramatik.

Atlet Sukma Sarawak maut kemalangan
Mangsa Muhammad Syafiq Halias, 15, yang menunggang motosikal jenis Honda bersama rakannya yang juga pembonceng Muhammad Syafiq Hasnan, 15, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri latihan.

Persiapan penuh Sukma Sarawak bermula hari ini
Ini termasuk memastikan urusan kemudahan penginapan dan pengangkutan atlet sepanjang temasya dari 22 hingga 31 Julai depan akan berjalan lancar.