BEIJING: Terdapat kemungkinan berlaku lonjakan kos tenaga dan makanan global pada 2024 yang berpotensi memburukkan lagi inflasi di Asia, demikian menurut laporan Boao Forum for Asia: Asian Economic Outlook and Integration Progress Annual Report 2024, yang dikeluarkan baru-baru ini.
Menurut laporan itu harga komoditi global dijangka terus turun naik secara berterusan pada paras tinggi sepanjang 2024, dipengaruhi oleh situasi geopolitik dan keadaan cuaca melampau.
Dinamik harga komoditi adalah antara faktor yang mempengaruhi inflasi di rantau ini dan penurunan kadar inflasi pada 2023 sebahagian besarnya didorong oleh penurunan harga komoditi.
Forum Boao yang dimulakan oleh lebih 20 negara Asia dan Australia pada era 2000-an merupakan forum utama yang disertai para pemimpin kerajaan, perniagaan dan ahli akademik di Asia dan benua lain untuk berkongsi dan berbincang mengenai isu-isu serantau yang mendesak.
Memetik statistik Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), laporan itu menyatakan bahawa indeks harga komoditi antarabangsa memuncak pada Ogos 2022 dan kemudiannya selepas itu menurun secara perlahan-lahan.
Menurut laporan itu, sehingga November 2023, harga susut sebanyak 32 peratus berbanding tempoh kemuncaknya. Khususnya, indeks harga makanan turun sebanyak 9.0 peratus, dan indeks harga tenaga jatuh hampir 50 peratus.
Berkongsi nada yang sama, rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata keadaan cuaca melampau seperti kemarau boleh menjejaskan pengeluaran pertanian yang membawa kepada kekurangan bekalan makanan dan seterusnya kenaikan harga makanan.
Begitu juga ketegangan geopolitik, pertikaian perdagangan dan sekatan dagangan boleh menjejaskan bekalan dan pengedaran sumber tenaga yang membawa kepada peningkatan harga tenaga.
"Pemulihan ekonomi global yang berterusan dan peningkatan permintaan terhadap komoditi mungkin memburukkan lagi tekanan harga. Faktor-faktor ini perlu dipantau dengan teliti untuk menilai potensi impaknya terhadap kos tenaga dan makanan sepanjang tahun," katanya kepada Bernama.
Menurut laporan tahunan itu, faktor lain yang mempengaruhi inflasi tahun ini ialah dinamik kadar pertukaran mata wang Asia, yang mana penurunan berterusan nilai mata wang akan membawa kepada risiko inflasi diimport.
Laporan itu menyatakan bahawa pada 2024, dengan kemungkinan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed AS), jurang kadar faedah antara ekonomi Asia dan Fed akan mengecil yang seterusnya dapat membantu mengurangkan tekanan penyusutan nilai mata wang Asia berbanding dolar AS.
"Sesetengah ekonomi mungkin mengalami peningkatan nilai mata wang mereka berbanding dolar AS. Ini bermanfaat untuk mengurangkan tekanan inflasi diimport di Asia," katanya.
Bagaimanapun, memandangkan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed semakin mengukuh, pasaran Asia mungkin akan menerima pusingan baharu aliran masuk modal, yang juga berkemungkinan pada satu tahap menaikkan harga di Asia.
DINAMIK MATA WANG ASIA
Sementara itu Innes berkata bank pusat global dijangka mengurangkan kos pinjaman apabila inflasi global menurun daripada paras tertinggi dalam tempoh beberapa dekad yang dialami banyak negara sejak beberapa tahun lepas.
Beberapa institusi, terutamanya di pasaran sedang pesat membangun, telah memulakan penurunan kadar, dengan lebih banyak lagi dijangka mengambil langkah yang sama sepanjang tahun, termasuk Fed, European Central Bank dan Bank of England.
Sebaliknya, kata Innes, China tergelut dengan isu yang berbeza apabila pengurangan inflasi telah mendorong penggubal dasar menurunkan kadar faedah untuk merangsang ekonomi.
"Bagaimanapun, langkah ini telah memberi kesan negatif terhadap mata wang ASEAN, kerana mata wang yang lebih lemah gagal mengurangkan tekanan harga import," katanya.
Mengenai kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM), beliau berkata bank pusat mungkin mengekalkan OPR untuk menyokong pertumbuhan dan kestabilan ekonomi, tetapi perubahan ekonomi atau luaran yang tidak dijangka boleh mendorong pelarasan pendirian dasar monetarinya.
"Ia adalah satu perkara yang rumit kerana penurunan kadar boleh merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan, namun ringgit akan melemah, yang boleh mendorong tekanan inflasi diimport. Jadi BNM berada dalam situasi yang sangat sukar untuk membuat keputusan," kata Innes.
Beliau berkata walaupun ringgit mungkin berdepan risiko susut nilai seterusnya, penting untuk mempertimbangkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh, imbangan luar yang teguh dan dasar monetari yang berhemat.
"Mustahak untuk memantau rapat perkembangan pasaran global terutamanya dasar Fed dan petunjuk ekonomi domestik untuk menilai prospek masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Keadaan cuaca melampau seperti kemarau boleh menjejaskan pengeluaran pertanian yang membawa kepada kekurangan bekalan makanan. - Gambar hiasan/ETX Studio
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Ekonomi global berdepan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan AS - Ketua IMF
Terdapat minat yang mendalam terhadap dasar pentadbiran AS, khususnya mengenai tarif, cukai, pembatalan kawal selia dan kecekapan kerajaan.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
Ekonomi global berisiko terperangkap dalam pertumbuhan rendah - IMF
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi global berisiko terperangkap dalam laluan pertumbuhan rendah dengan hutang tinggi.
Pakistan terima pinjaman IMF AS$7 bilion untuk stabilkan ekonomi
Pakistan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencapai persetujuan berhubung program pinjaman baharu bernilai AS$7 bilion bagi menstabilkan ekonomi negara Asia Selatan itu.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
BNM berkata data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
AI seperti ‘tsunami’ beri kesan besar kepada pasaran buruh global - Ketua IMF
AI beri kesan kepada 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Kos tenaga, makanan global dijangka meningkat pada 2024 - Laporan Boao Forum
Terdapat kemungkinan berlaku lonjakan kos tenaga dan makanan global pada 2024 yang berpotensi memburukkan lagi inflasi di Asia.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.