KOTA BHARU: Bayaran pengurusan jenazah sebahagian pesakit COVID-19 di negeri ini iaitu antara RM1,300 hingga RM1,800 disifatkan melampau, sehingga menekan keluarga golongan kurang berkemampuan.
Bayaran itu pula bukan kos keseluruhan sehingga pengebumian, sebaliknya hanya membabitkan urusan memandikan jenazah menggunakan kaedah tayamum sebelum dikafankan sahaja.
Keadaan itu memaksa keluarga yang tidak mampu memohon bantuan badan amal atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Itu yang didedahkan sebuah NGO, Tengku Harith Team Ventures yang terlibat dalam kerja-kerja amal mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit COVID-19 di Kelantan.
Pengasasnya, Tengku Harith Tengku Abdul Azis, mendakwa caj yang dikenakan oleh pihak yang terbabit dalam pengurusan jenazah itu di hampir semua hospital di Kelantan mencecah antara RM1,300 hingga RM1,800.
"Caj berkenaan terlalu tinggi dan membebankan sedangkan harga debu tayamum tidak sampai RM10 setiap pek, yang boleh digunakan untuk proses tayamum enam jenazah," dakwanya ketika ditemui Astro AWANI.
Beliau dan pasukannya yang sudah menguruskan lebih 50 jenazah pesakit COVID-19 mendakwa, pernah mengajukan isu mengenai caj yang tinggi itu kepada pihak pengurusan hospital sebelum ini.
"Rata-rata rata pengurusan hospital terkejut mendengar aduan yang saya kemukakan dan bertanyakan kepada unit forensik masing masing," katanya.
Malangnya, dakwanya unit forensik pula menyalahkan pihak pengurus jenazah yang dikatakan dilantik dan dipilih oleh pengurusan unit forensik itu sendiri.
Dakwanya, pengurus jenazah juga pernah diajukan soalan itu namun tidak mengaku mengenakan bayaran sedemikian.
"Saya panjangkan perkara berkenaan kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan terkejut apabila Maik memaklumkan pihaknya menetapkan kadar harga RM200 sahaja bagi kos tayamum.
"Jadi timbul persoalan, siapa yang menetapkan harga setinggi RM1,800 untuk tayamum (pengurusan jenazah)... pihak forensik atau tukang mandi jenazah (pengurus jenazah) yang dipilih oleh pengurusan forensik?," soalnya.
Beliau juga mendakwa, caj yang dikenakan terhadap keluarga itu tidak disertakan resit atau butiran terperinci.
Mengulas lanjut, katanya bukan sahaja kos pengurusan mayat atau tayamum yang perlu dijelaskan oleh keluarga, sebaliknya kos lain juga.
Antaranya, termasuk kain kapan melebihi RM100, keranda antara RM200 hingga RM300 dan upah gali liang lahad (RM250-300).
Menurut Tengku Harith yang juga Pengerusi Amalvalley Organization Kelantan, pihaknya bersama beberapa gabungan NGO menyediakan bantuan pengurusan dan pengebumian jenazah pesakit COVID-19 secara percuma.
"Ahli keluarga atau waris cuma perlu membayar kos keranda sahaja iaitu RM200 jika mampu. Jika sebaliknya kita akan berikan secara percuma. Kos yang lain termasuk tayamum, kafan, solat jenazah, kenderaan jenazah dan sebagainya adalah percuma," katanya.
Katanya, mereka bekerjasama dengan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), JNZA Gaung Global dan Jawatankuasa Surau PPR Kota Bharu.
Sementara itu, Setiausaha Maik, Mohd Rasani Ramli, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan daripada NGO berhubung isu berkenaan.
Menurutnya, susulan aduan itu Mei lepas, Maik telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat bersama pengurusan hospital di seluruh Kelantan.
"Hasilnya Maik telah menetapkan kadar RM200 bagi kos tayamum dan menggariskan harga pengurusan jenazah bagi negeri Kelantan yang perlu diikuti oleh semua imam masjid, pihak pengurusan jenazah dan sebagainya" katanya kepada Astro AWANI.
Astro AWANI akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Jabatan Kesihatan Negeri termasuk sama ada pihak pengurus jenazah yang dilantik mematuhi arahan Maik.
Muhafandi Muhamad
Sun Aug 08 2021

Tengku Harith Team Ventures bersama beberapa gabungan NGO menyediakan bantuan pengurusan dan pengebumian jenazah pesakit COVID-19 secara percuma di Kelantan. - Gambar/ Tengku Harith Team Ventures
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kos urus jenazah: Siasatan sedang dijalankan, pihak terlibat akan dipanggil
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan memanggil pihak terlibat dalam masa terdekat.

Kos urus jenazah: Maik tidak pernah keluar senarai nama pengurus jenazah
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tidak pernah mengeluarkan senarai nama petugas atau pengurus jenazah di Unit Forensik hospital di negeri ini.

Kos urus jenazah pesakit COVID-19 melampau, aniaya keluarga - NGO
Keadaan itu memaksa keluarga yang tidak mampu memohon bantuan badan amal atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).