Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman pada Rabu selesai mengira semua wang yang dirampas dari unit kondominium Pavilion Residences di Jalan Raja Chulan di sini, minggu lepas.
Sumber berkata wang itu, yang diisi di dalam beberapa kotak dan beg, kemudian dibawa ke Bank Negara Malaysia (BNM).
Proses pengiraan wang tunai itu, yang dipercayai bernilai lebih RM110 juta, dilakukan di pejabat JSJK dengan bantuan agensi lain termasuk BNM kira-kira 4 petang semalam sebelum dibawa keluar premis itu pada 5.45 petang.
Pasukan berkenaan juga melakukan pengiraan barangan lain yang dirampas termasuk barangan kemas, kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika ditemui pemberita di sini mengesahkan tentang pemindahan beg dan kotak berkenaan dari pejabat JSJK namun enggan memberitahu jumlah sebenar wang tunai terbabit.
"Semua beg dan kotak yang berisi wang tunai ini akan dibawa ke Bank Negara Malaysia,” katanya.
Difahamkan, kesemua barangan tersebut dibawa keluar dari pejabat itu dengan kawalan ketat Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM untuk dihantar ke BNM bagi tindakan lanjut.
Tinjauan Bernama di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini yang menempatkan pejabat JSJK Bukit Aman mendapati seorang individu membawa keluar mesin mengira wang dari bangunan itu pada 3.50 petang Rabu.
Puluhan pengamal media turut berkumpul di kawasan perkarangan lobi bangunan berkenaan bagi mendapatkan perkembangan terkini kes itu.
Jumaat lepas, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga dari kondominium mewah itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bagi siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Amar Singh berkata sebanyak 284 kotak yang mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga unit kondominium itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 23 2018

Anggota polis membawa keluar beberapa buah beg dan kotak yang berisi wang selepas pengiraan wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences minggu lepas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Menara KPJ, pada Rabu. --fotoBERNAMA
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.

Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta

Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.

1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat

Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.

Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.