Kotak hitam pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat pendaratan kecemasan di kawasan paya bakau Kuala Selangor, Jumaat lepas, telah ditemui.
Panglima TUDM Jen Tan Sri Roslan Saad berkata kotak hitam berkenaan ditemui pada petang Sabtu lepas oleh pasukan penyiasatan insiden pesawat itu.
"Kotak hitam sudah ditemui dan akan dihantar ke Bandung, Indonesia selewat-lewatnya petang ini untuk dianalisa kerana syarikat pembuatan pesawat berkenaan berada di negara itu.
FOTO: Pesawat TUDM buat pendaratan cemas
BACA: TUDM tubuh Lembaga Penyiasatan berhubung pesawat CN235 mendarat cemas
BACA: Pencari siput lemas ketika cuba hampiri pesawat TUDM
Saya menjangkakan proses menganalisis maklumat daripada kotak hitam itu akan mengambil sekurang-kurangnya lima hari dan hasilnya membantu TUDM untuk mengetahui punca sebenar insiden itu," katanya dalam sidang media di Pangkalan Udara TUDM di Subang, dekat sini, hari ini.
Mengenai proses mengeluarkan pesawat, Roslan berkata ia dijangka memerlukan masa yang lama kerana faktor persekitaran yang mencabar.
"Kami hanya boleh mengambil masa selama enam jam sahaja untuk kerja-kerja penyiasatan dan membawa keluar pesawat itu kerana keadaan air pasang menyukarkan proses berkenaan," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan memotong serpihan pesawat berkenaaan akan dibuat sekiranya perlu.
Ditanya mengenai status tujuh buah pesawat CN235 yang lain, Roslan berkata perkhidmatannya dihentikan buat sementara waktu.
"Dua pesawat itu sudah selesai diperiksa, dua lagi pesawat sedang diperiksa manakala tiga lagi pesawat berkenaan menunggu giliran untuk melakukan proses yang sama," katanya.
Dalam kejadian 8.50 pagi Jumaat lepas, pesawat itu yang membawa lapan anak kapal membuat pendaratan cemas setelah mengalami kerosakan enjin di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor. Kesemua anak kapal dapat diselamatkan dengan bantuan nelayan tempatan di kawasan itu.
Bernama
Mon Feb 29 2016
Dalam kejadian 8.50 pagi Jumaat lepas, pesawat itu yang membawa lapan anak kapal membuat pendaratan cemas setelah mengalami kerosakan enjin di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor. - Gambar Fail
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Data penerbangan CN235 siap dimuat turun
Data penerbangan dalam pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini siap dimuat turun untuk proses analisis.
CN235: Anak kapal cedera dibenar pulang, kotak hitam dihantar ke Bandung
TUDM memaklumkan perakam data penerbangan dan data suara pesawat berkenaan telah dihantar ke Bandung, Indonesia untuk dianalisis bersama dua pegawai TUDM.
Kotak hitam pesawat CN235 milik TUDM ditemui
Kotak hitam berkenaan ditemui pada petang Sabtu lepas oleh pasukan penyiasatan insiden pesawat itu.
TUDM tubuh Lembaga Penyiasatan berhubung pesawat CN235 mendarat cemas di Kuala Selangor
Pasukan itu diketuai pegawai kanan TUDM yang merupakan seorang juruterbang berpangkat Kolonel dan akan dibantu oleh empat ahli terdiri dari juruterbang, jurutera dan seorang doktor perubatan.