JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Johor telah mengenal pasti dan akan mengenakan tindakan terhadap premis yang didakwa menjual minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing, seperti yang tular baru-baru ini.
Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo, berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan menjalankan siasatan terhadap premis yang mempunyai lesen borong Akta Kawalan Bekalan (CSA) itu, semalam.
"Tindakan berhubung kes ini akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana gagal mematuhi Peraturan 13 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Justeru, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan tiada unsur ketirisan atau pun penyelewengan terutamanya melibatkan bekalan barangan kawalan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Lilis Saslinda berkata kementerian itu telah mengambil tindakan proaktif dan membuat pemantauan terhadap bekalan barang keperluan asas dengan tertumpu kepada semua peringkat rantaian pengedaran melibatkan pengilang, pemborong serta peruncit, bagi menjamin tiada penyelewengan yang boleh menjejaskan bekalan di pasaran.
"Secara keseluruhannya, hasil daripada pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati bekalan barang-barang keperluan adalah mencukupi dan mudah diperolehi.
"Kita tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan subsidi barang kawalan demi kepentingan rakyat, " tegasnya.
Orang ramai juga diminta untuk menyalurkan maklumat berhubung sebarang pelakuan yang mencurigakan melibatkan barang bersubsidi kerajaan kepada pihak kementerian," katanya.
Terdahulu, tular sebuah rakaman video berdurasi lebih tiga minit memaparkan mengenai warga asing yang dipercayai menjual minyak masak peket bersubsidi satu kilogram di bandar raya ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

KPDN Johor telah mengenal pasti dan akan mengenakan tindakan terhadap premis yang didakwa menjual minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing, seperti yang tular baru-baru ini. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN Johor rekod RM29.2 juta nilai rampasan
Hasil rampasan berkenaan melibatkan hampir 69,000 jenis premis termasuk pengilang, pemborong, pasar raya dan peruncit.

KPDN serah kertas siasatan kes restoran makanan laut kepada pendakwa raya
KPDN Johor telah menyerahkan dua kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berhubung sebuah restoran makanan laut di bandar raya ini yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal kepada pelanggan.

Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.

KPDN Johor akan ambil tindakan terhadap premis jual minyak masak peket kepada warga asing
KPDN Johor telah mengenal pasti dan akan mengenakan tindakan terhadap premis yang didakwa menjual minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing, seperti yang tular baru-baru ini.