ALOR SETAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna di negeri itu.
Sehubungan itu, Pengarah KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth berkata pengguna tidak perlu panik dengan dakwaan bekalan gula terjejas di Kedah kerana pihak KPDN Kedah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa berhubung barangan kawalan itu.
"Saya telah menyusun semua kawasan yang didakwa terdapat kekurangan gula termasuk daerah Kuala Muda, Sik, Langkawi dan Kubang Pasu dengan membawa masuk bekalan gula pada harga jualan Rahmah iaitu RM5 untuk setiap 2 kilogram," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Affendi berkata lima tan gula tersedia di premis jualan di sekitar kawasan Gurun dekat Kuala Muda, Sik dan Sungai Petani (Kuala Muda) di bawah Program Jualan Rahmah semalam manakala tiga tan gula lagi yang dijual pada harga Rahmah tersedia hari ini di Kuala Ketil (Baling), Jitra (Kubang Pasu) dan Langkawi.
Beliau berkata pihaknya tidak menerima aduan rasmi mengenai ketiadaan bekalan gula daripada pengguna dari banyak daerah di Kedah dengan hanya terdapat dakwaan melalui media sosial dan melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 sahaja.
"Jadinya daerah seperti Kubang Pasu dan Langkawi bekalan gula mencukupi. Tempat lain (Yan, Pendang, Kulim, Bandar Baharu) disebut hari ini (bekalan gula terjejas) saya baru tahu.
"Sepatutnya perlu buat aduan terus kepada pihak kami (KPDN Kedah), saya akan aturkan jalan penyelesaian.
"Esok saya akan pastikan bekalan gula tersedia dengan jualan Rahmah di kawasan tersebut.
"Saya juga mengingatkan peniaga atau pemborong tidak sorokkan gula dan naikkan harga gula sesuka hati yang tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka di bawah Akta Kawalan Bekalan," katanya.
Affendi berkata aliran masuk bekalan gula ke Kedah sama pada bulan lepas sekali gus tiada isu gula terjejas di negeri itu dan beliau mengesyaki kemungkinan terdapat pembelian panik oleh pengguna di sesetengah kawasan yang membeli gula melebihi penggunaan disebabkan tular isu ketiadaan bekalan itu.
Terdahulu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff dalam satu sidang media hari ini mendakwa terdapat sembilan daerah di Kedah berlaku masalah kekurangan bekalan gula sejak tiga minggu lalu hingga memberikan kekangan kepada pengguna memperoleh barangan itu.
Mohamad Yusrizal berkata kebanyakan aduan pengguna yang diterima pihaknya mengenai isu itu adalah mereka antaranya dari Yan, Kubang Pasu, Pendang, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda dengan mendakwa kawasan Tanjung Dawai (Kuala Muda) paling terjejas apabila ada peniaga terpaksa menutup kedai makan ekoran ketiadaan gula.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
![KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654698149_Bekalangula.jpg)
Pengguna tidak perlu panik dengan dakwaan bekalan gula terjejas di Kedah kerana pihak KPDN Kedah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa berhubung barangan kawalan itu. -Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
![KPDN rampas cecair pencuci pakaian tiruan bernilai lebih RM19,000 KPDN rampas cecair pencuci pakaian tiruan bernilai lebih RM19,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736339133_TBBARANGTIRUAN.jpg)
KPDN rampas cecair pencuci pakaian tiruan bernilai lebih RM19,000
KPDN Kedah merampas 1,049 botol cecair pencuci pakaian berjenama yang disyaki tiruan dalam tiga serbuan di tiga pasar raya di daerah Alor Setar, Sungai Petani, dan Baling, semalam.
![KPDN Kedah serbu premis pemborong diesel di Bukit Kayu Hitam KPDN Kedah serbu premis pemborong diesel di Bukit Kayu Hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723028798_TBDIESEL.jpg)
KPDN Kedah serbu premis pemborong diesel di Bukit Kayu Hitam
Serbuan dilakukan tujuh anggota penguat kuasa kira-kira 12 tengah hari selepas risikan dijalankan selama dua minggu.
![KPDN Kedah kesan 580 kenderaan isi minyak berulang dalam sehari KPDN Kedah kesan 580 kenderaan isi minyak berulang dalam sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727156790_RON.jpg)
KPDN Kedah kesan 580 kenderaan isi minyak berulang dalam sehari
KPDN Kedah mengesan 580 kenderaan membuat pengisian minyak secara berulang dalam sehari di beberapa stesen berbeza berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
![Dua warga asing ditahan guna kenderaan tempatan seludup petrol Dua warga asing ditahan guna kenderaan tempatan seludup petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646216620_Minyak.jpg)
Dua warga asing ditahan guna kenderaan tempatan seludup petrol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menahan dua warga Thailand yang disyaki menggunakan kenderaan tempatan untuk menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
![KPDN Kedah rampas diesel dipercayai diseleweng bernilai lebih RM28,000 KPDN Kedah rampas diesel dipercayai diseleweng bernilai lebih RM28,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689179915_TBSELEWENGDIESEL.jpg)
KPDN Kedah rampas diesel dipercayai diseleweng bernilai lebih RM28,000
Dalam serbuan jam 10 malam itu hasil sumber risikan KPDN Putrajaya, pagar stor tanpa lesen itu berkunci dan tiada orang di situ.
![KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654698149_Bekalangula.jpg)
KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna di negeri itu.
![Sembilan ditahan seleweng diesel lebih RM290,000 Sembilan ditahan seleweng diesel lebih RM290,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673142501_KetuaSetiausahaKP.jpg)
Sembilan ditahan seleweng diesel lebih RM290,000
Sembilan individu ditahan bersama 135,760 liter minyak diesel bernilai anggaran RM291,884 dipercayai untuk diseleweng dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam.
![Menu Rahmah: KPDN Kedah sasar 200 premis menjelang Ramadan Menu Rahmah: KPDN Kedah sasar 200 premis menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678337694_ProgramJualanRahmaH.jpg)
Menu Rahmah: KPDN Kedah sasar 200 premis menjelang Ramadan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyasarkan sebanyak 200 premis makanan di negeri itu akan menawarkan Menu Rahmah sebelum tibanya bulan Ramadan.
![KPDN Kedah rampas 12,000 liter diesel disyaki diseleweng KPDN Kedah rampas 12,000 liter diesel disyaki diseleweng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678165055_KPDNKedahRampas.jpg)
KPDN Kedah rampas 12,000 liter diesel disyaki diseleweng
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 12,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggar bernilai RM25,800 dipercayai diseleweng, dalam Ops Tiris di sebuah
![KPDN kenakan notis terhadap peruncit kenakan caj tambahan KPDN kenakan notis terhadap peruncit kenakan caj tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673273864_cajtambahan.jpg)
KPDN kenakan notis terhadap peruncit kenakan caj tambahan
Dua notis dikeluarkan ke atas peruncit selepas mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di daerah Kubang Pasu.