KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 829 unit beg tangan wanita pelbagai jenama terkenal disyaki tiruan bernilai kira-kira RM33,314 di tiga lokasi perniagaan pada Rabu dan Khamis lepas.
Pengarahnya Azman Ismail berkata sitaan berkenaan dilakukan menerusi Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik cap dagang membabitkan satu kes di Kota Bharu, manakala dua kes di Machang.
Beliau berkata sitaan itu dilakukan susulan aduan oleh wakil pemilik cap dagang serta pemantauan risikan pihaknya selama seminggu sekitar Kota Bharu dan Kuala Krai.
"Operasi dilaksanakan di premis perniagaan barangan terpakai berjenama yang dijual secara atas talian bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan, penggunaan cap dagangan tanpa kelulusan dan tanpa kebenaran daripada pemilik cap dagangan berdaftar.
"Hasil pemeriksaan menemukan beg tangan pelbagai jenis dan berjenama disyaki melanggar penggunaan cap dagangan berdaftar," katanya menerusi kenyataan di sini pada Ahad.
Azman berkata menerusi operasi itu tiga tindakan kes dihasilkan mengikut kesalahan Seksyen 102 (1)(c) dan 100(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, kawalan dan jagaan bagi maksud perdagangan.
Menurutnya jika sabit kesalahan pemilik premis perniagaan iaitu pertubuhan atau perbadanan boleh denda tidak melebihi RM 15,000 bagi setiap barang.
"Bagi individu atau perseorangan denda tidak melebihi RM 10,000 bagi setiap barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
"KPDN Kelantan memberi amaran kepada mana-mana individu atau peniaga yang dengan niat melakukan aktiviti tidak bermoral ini supaya menghentikannya segera," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Azman berkata sitaan berkenaan dilakukan menerusi Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik cap dagang membabitkan satu kes di Kota Bharu, manakala dua kes di Machang. - Foto Facebook/KPDN Kelantan

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

KPDN rampas lebih 7,000 botol minyak pelincir, minyak transmisi automatik kenderaan tiruan
Tiga lelaki masing-masing berumur 30-an ditahan pada 11 pagi di dua premis di Kuala Lumpur dan sebuah di Selangor.

KPDN Kelantan sita beg berjenama tiruan bernilai RM33,314
KPDN Kelantan menyita 829 unit beg tangan wanita pelbagai jenama terkenal disyaki tiruan bernilai kira-kira RM33,314 di tiga lokasi perniagaan pada Rabu dan Khamis lepas.

RM2 juta peruntukan bantu rakyat daftar cap dagangan
KPDN memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi pelaksanaan program pendaftaran cap dagangan, reka bentuk dan perindustrian kepada rakyat negara ini khususnya pelajar.

KPDNHEP sita lebih 20,000 barangan tiruan untuk jualan hari raya
Serbuan ke atas tiga premis pemborong dan sebuah gudang itu dijalankan selepas menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagangan terbabit.

WTC KL sambut Hari Persatuan Pusat Perdagangan Dunia
Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Persatuan Pusat Perdagangan Dunia (WTCA) yang disambut hari ini.

Apa beza paten dan cap dagangan? Ini perbezaannya menurut MyIPO
Sejak beberapa hari ini, isu patern dan cap dagangan produk kerap dibangkitkan terutama di media sosial.

KPDNHEP siasat isu kartel daging di bawah dua kesalahan cap dagangan
Syarikat itu disiasat di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Wawa, Aeril serbu premis jual produk kosmetik tiruan
KPDNHEP merampas lebih 5,542 unit peralatan kosmetik dianggarkan bernilai RM210,596.

KPDNHEP rampas 1,750 pelitup muka tiruan
Seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun turut ditahan, disyaki menjual pelitup muka tiruan berkenaan secara dalam talian.

Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang
Ketiga-tiga RUU berkenaan dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.