KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan pemeriksaan berkaitan masalah bekalan dan isu harga barangan asas yang dihadapi rakyat ketika ini dalam tempoh sebulan di seluruh negara menerusi Op Terjah.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Op Terjah antara lain memeriksa dan memantau masalah tersebut di premis seperti pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan.
Beliau berkata pelaksanaan Op Terjah juga untuk mengenal pasti zon atau kawasan yang terjejas dengan bekalan dan harga mengikut tahap keseriusannya serta mencari punca utama terhadap isu rantaian bekalan dan harga barangan keperluan asas yang melanda di negara ini.
"Melalui dapatan daripada Op Terjah ini, kerajaan akan pastikan rangka kerja untuk tindakan segera dihasilkan. KPDN juga sedang menyediakan pelan strategik jangka pendek dan sederhana berdasarkan maklumat yang kami terima.
"Ini amat penting untuk memastikan kestabilan bekalan barangan asas memandangkan musim perayaan bakal tiba tidak lama lagi," katanya pada sidang media Pelancaran Op Terjah KPDN di sini hari ini selepas membuat tinjauan dan pemeriksaan premis di sekitar kawasan Chow Kit di sini.
Salahuddin berkata Op Terjah itu melibatkan 2,200 pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara yang akan melaporkan situasi sebenar kedudukan bekalan dan harga barangan asas.
Beliau berkata KPDN juga akan mempertingkatkan keberadaan anggota penguat kuasa di lokasi tumpuan pengguna termasuk menggunakan Van Skuad Tindakan Aduan dan Resolusi Pengguna (STAR) serta kereta peronda bagi mewujudkan persekitaran perniagaan dan beli-belah yang beretika.
Beliau juga berkata kementerian juga akan mengoptimumkan pengoperasian Bilik Gerakan KPDN bagi memastikan kepentingan dan aduan pengguna dapat ditangani segera.
Pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada KPDN melalui WhatsApp di 019-2794317 atau 019-8488000; Portal Aduan e-aduan.kpdnhep.gov.my; Pusat Panggilan 1-800-886-800; emel [email protected]; dan Ez ADU KPDN.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
Salahuddin berkata, Op Terjah antara lain memeriksa dan memantau masalah tersebut di premis seperti pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan. - Gambar fail
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
KPDN lancar 'Op Terjah' untuk periksa masalah bekalan, harga barangan asas
Op Terjah antara lain memeriksa dan memantau masalah tersebut di premis seperti pasar awam, pasar mini, kedai runcit dan gerai penjaja.