MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menerima kira-kira 390 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kes berkaitan kepenggunaan dalam tempoh Januari hingga awal Disember ini.
Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, antara aduan yang diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
"Sepanjang tempoh tahun ini, pihak kita telah menerima 25 aduan pakej ibadah umrah membabitkan kes seperti tertipu dengan promosi ditawarkan, terdapat kos tambahan dan caj tersembunyi, penginapan disediakan tidak seperti diiklan selain gagal menunaikan ibadah umrah akibat ditipu.
"Justeru kita berharap orang ramai lebih berhati-hati dengan tawaran pakej umrah ini dan sekiranya mereka tidak mendapat perkhidmatan seperti yang dijanjikan, orang ramai disaran membuat aduan kepada tribunal pengguna," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyampaian hadiah Program Fit Pengguna Treasure Hunt sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2023 yang dirasmikan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin dan turut dihadiri timbalannya, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim dan Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Ponromo.
Mengulas lanjut, Norena berkata, aduan lain diterima KPDN Melaka membabitkan kes menyorok bekalan barangan kawalan termasuk gula dan minyak, harga barangan mahal, harga mengelirukan, tiada tanda harga dan sebagainya.
Katanya, daripada jumlah keseluruhan aduan kes itu, pihaknya berjaya menyelesaikan sebanyak 93 peratus termasuk tindakan membawa individu melanggar peraturan ke mahkamah antaranya membabitkan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"KPDN Melaka menyarankan pengguna untuk melaporkan sebarang aduan berkaitan masalah kepenggunaan agar pihak kita dapat menyemak dan memeriksa untuk diambil tindakan," katanya.
Program Fit Pengguna Treasure Hunt disertai 123 peserta membabitkan 41 pasukan terdiri daripada orang awam bagi menguji kefahaman mereka mengenai kesedaran kepenggunaan. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023

KPDN Melaka menerima kira-kira 390 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kes berkaitan kepenggunaan dalam tempoh Januari hingga awal Disember ini. - Foto FB KPDN Melaka

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.

Jual RON95 kepada kenderaan asing, pengusaha stesen minyak dikenakan tindakan
Norena berkata tindakan terhadap pengusaha stesen minyak berusia 30-an itu diambil selaras arahan dikuatkuasakan pada 17 Jun 2022.

KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dibuat hasil pemantauan intensif anggotanya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.

KPDN Melaka serbu kedai runcit bekal barang bersubsidi kepada restoran
Kegiatan dua premis di Melaka Raya, Banda Hilir yang dimiliki dan dikendali warga asing itu, terbongkar menerusi maklumat orang awam.

Peniaga di karnival, kedai makan tular diminta tidak naikkan harga sewenang-wenangnya
Pemeriksaan di karnival jualan makanan di beberapa kawasan mendapati hampir kesemua peniaga menaikkan harga jualan hingga 200 peratus.

KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.

Tiga BRR di Melaka tawar Menu Rahmah
Setakat ini, 47 peniaga di ketiga-tiga BRR berkenaan secara sukarela berdaftar untuk menawarkan Menu Rahmah.