NILAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merekodkan hasil rampasan melibatkan penyelewengan diesel berjumlah RM1.67 juta dari Januari hingga 10 Jun lepas.
Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, rampasan melalui Op Tiris itu membabitkan 790,409 liter diesel melalui hasil pemeriksaan di pelbagai lokasi di seluruh negeri.
"Selain itu, sebanyak 55 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 turut direkodkan dalam tempoh sama. Tiada kes berkaitan diesel dihasilkan selepas 10 Jun atau selepas penyasaran semula diesel," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Negeri Sembilan Fest (NS Fest) 2024, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, pada program NS Fest 2024 itu, KPDN negeri turut membuka reruai Jualan Rahmah MADANI dengan lebih 40 barangan ditawarkan pada harga hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran membabitkan keperluan asas kering, kebersihan diri dan barangan penjagaan bayi.
Insiatif itu juga, katanya, memberi peluang kepada peniaga mencorakkan budaya perniagaan masa depan yang lebih baik melalui Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) iaitu konsep perniagaan tanpa tunai dan khidmat nasihat penguasaan pasaran yang lebih luas.
Muhammad Zahir berkata, Jualan Rahmah MADANI kali ini juga menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi cabutan bertuah sepanjang lapan hari penganjuran program NS Fest 2024 yang bermula sejak semalam.
- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merekodkan hasil rampasan melibatkan penyelewengan diesel berjumlah RM1.67 juta dari Januari hingga 10 Jun lepas, kata Muhammad Zahir. - Gambar Bernama

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

KPDN N.Sembilan rekod rampasan diesel bernilai RM1.67 juta setakat Jun
KPDN Negeri Sembilan merekodkan hasil rampasan melibatkan penyelewengan diesel berjumlah RM1.67 juta dari Januari hingga 10 Jun lepas.

KPDN Negeri Sembilan rampas 116,623 liter diesel dalam lima serbuan
Serbuan turut menyita beberapa lori, 12 tangki IBC, 10 pam berserta hos keseluruhannya dianggar bernilai RM402,402.45.

Op Tiris: 69 kes seleweng diesel tumpas, babitkan lebih RM2.5 juta
KPDN Negeri Sembilan menumpaskan 69 kes penyelewengan membabitkan 866,982 liter minyak diesel bersubsidi di seluruh negeri sejak awal tahun ini.

KPDN Negeri Sembilan rampas 16,000 liter diesel bersubsidi di Seremban
Turut disita, sebuah lori tangki, sebuah lori bonded, enam unit tong IBC dan dua unit paip penyambung - anggaran nilai rampasan RM59,400.

KPDN N.Sembilan serbu stor seleweng LPG bersubsidi
Turut disita, sebuah lori dan peralatan yang digunakan untuk pemindahan gas dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM38,320.