BUKIT MERTAJAM: Taktik sindiket menyeleweng diesel bersubsidi menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang diubah suai dengan meletakkan tangki simpanan di dalam kereta itu, berjaya dibongkar dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim, di sini semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang S.Jegan berkata pihaknya yang menjalankan risikan dan initpan berjaya mengesan MPV dalam keadaan mencurigakan di stesen minyak itu, pada 5 petang.
"Semasa serbuan, seorang lelaki berusia 30-an sedang mengisi minyak diesel ke dalam MPV mewah berwarna hitam itu dan pemeriksaan lanjut menemukan satu unit tangki simpanan yang berkapasiti 900 liter yang yang digunakan untuk mengisi minyak diesel.
"Kami menemukan 300 liter diesel bersubsidi yang diisi dalam tangki simpanan tersebut dan dipercayai pemandu kereta itu mendapat upah ratusan ringgit setiap hari untuk membeli diesel dari beberapa stesen minyak di sekitar daerah Seberang Perai Selatan(SPT) sebelum dihantar kepada sindiekt itu yang menjual kepada pihak ketiga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya susulan serbuan itu, pihaknya menyita kereta Toyota Estima, motor pum, hos, telefon bimbit, wang tunai RM300 dan diesel yang kesemuanya bernilai RM41,345.
Jegan berkata dalam serbuan kedua, pihaknya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang sedang mengisi diesel ke dalam sebuah lori di sebuah stesen minyak di Jalan Baru, di sini pada 9.40 malam tadi.
Katanya pemeriksaan ke atas lori itu menemukan sebuah tangki minyak diesel berkapasiti 2,000 liter di bahagian belakang lori tersebut yang mengandungi 460 liter diesel dipercayai dibeli di beberapa stesen minyak di kawasan tersebut.
"Lelaki itu dipercayai daripada sindiket sama dengan lelaki pertama yang ditahan dan mereka dibayar upah untuk membeli diesel di stesen-stesen...sebelum dijual kepada pihak ketiga dengan harga lebih murah daripada harga pasaran," katanya.
Beliau berkata pihaknya merampas lori jenis Nissan, minyak diesel, motor pum, hos paip, telefon bimbit, tangki tambahan, dan invois belian diesel yang kesemuanya berjumlah RM37,089.
Menurutnya pihaknya giat mengesan rangkaian sindiker itu dan kes disiasat menurut Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

Pihak KPDN yang menjalankan risikan dan initpan berjaya mengesan MPV dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim, pada 5 petang. - Foto Sinar Harian

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

KPDN P.Pinang bongkar sindiket seleweng diesel bersubsidi guna MPV mewah
Taktik sindiket itu berjaya dibongkar dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim, semalam.

KPDN P.Pinang tahan lelaki cuba seleweng diesel bersubsidi
KPDN Negeri Pulau Pinang menahan seorang lelaki dan merampas diesel bersubsidi bersama sebuah lori 'bonded' yang telah diubah suai bagi kegiatan penyelewengan bahan api itu, dalam serbuan hari ini.