NIBONG TEBAL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi yang menjalankan kegiatan haram itu di sebuah ladang ternakan kambing dan lembu, di Valdor di Simpang Ampat di sini hari ini.
Pengarahnya S. Jegan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak seminggu lepas termasuk membuat intipan dengan menggunakan dron di ladang ternakan yang berada di kawasan terpencil itu sebelum menyerbunya kira-kira pukul 11 pagi hari ini.
"Semasa serbuan, terdapat seorang lelaki berusia 31 tahun sedang memindahkan minyak diesel bersubsidi dari tangki minyak lori tanah dipandunya ke tangki-tangki yang terdapat di ladang ternakan milik saudaranya itu. Lelaki itu merupakan pemandu lori tanah seberat 12 tan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati tangki minyak lori tanah itu telah diubah suai dan mampu mengisi 400 hingga 500 liter berbanding tangki minyak biasa hanya 250 liter, dan lelaki itu akan mengisi diesel di beberapa stesen minyak sebelum membawanya ke ladang ternakan tersebut dan pindahkan ke tangki-tangki yang terdapat di situ," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Katanya sindiket itu seterusnya akan memindahkan diesel dari tangki-tangki minyak di situ ke sebuah lagi lori tiga tan yang telah diubah suai dengan empat tangki di bahagian belakang yang ditutup dengan kanvas sebelum menjualnya kepada pihak industri dengan harga yang lebih mahal berbanding subsidi.
Jegan berkata siasatan mendapati sindiket itu telah menjalankan kegiatan penyelewengan diesel tersebut sejak beberapa bulan lepas dan mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan.
Katanya dalang sindiket itu iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun telah berjaya ditahan minggu lepas ketika sedang mengisi diesel ke dalam sebuah lori yang tangkinya telah diubah suai.
"Lelaki yang kami tahan hari ini adalah pemandu lori tanah dan selalunya dia membawa tanah namun sejak seminggu lepas, suspek mengambil ubah membeli minyak diesel bersubsidi untuk sindiket tersebut dengan bayaran upah yang lumayan," katanya.
Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya merampas dua buah lori, 10,400 liter diesel bersubsidi, 18 unit tangki plastik yang boleh mengisi 1,000 liter minyak, pam dan hose pam yang kesemuanya bernilai RM92,560.
Menurutnya pihaknya kini sedang giat mengesan beberapa individu dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket penyelewengan diesel bersubsidi itu dan kes tersebut disiasat menurut Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

S. Jegan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak seminggu lepas termasuk membuat intipan dengan menggunakan dron di ladang ternakan yang berada di kawasan terpencil itu.- Gambar/ BERNAMA

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.