KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan menyita pelbagai barangan berjumlah RM454,000 dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan cat di kawasan perindustrian Indera Mahkota 14 di sini, semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Pahang Muhamad Radzi Johari berkata serbuan pada kira-kira 11 pagi itu, adalah hasil risikan hampir seminggu dan maklumat orang awam.
Beliau berkata tiga lelaki berusia lingkungan 30-an masing-masing dua warga tempatan yang disyaki pemandu lori dan seorang warga Rohingya, penjaga gudang itu turut ditahan.
"Kita juga merampas tiga buah kepala lori (prime mover), dua tangki berisi 16,000 liter diesel dipercayai bersubsidi, sebuah treler tangki minyak dan tiga set pam digunakan untuk pemindahan minyak dari tangki lori ke tangki simpanan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Muhamad Radzi berkata siasatan awal mendapati sindiket terbabit dipercayai baharu sahaja tiga bulan menjalankan kegiatan tersebut.
"Kami percaya minyak subsidi itu dibeli di beberapa stesen minyak sekitar Kuantan dengan menggunakan prime mover dan dikumpulkan di gudang ini sebelum dibawa ke luar dari Pahang untuk dijual," katanya.
Katanya siasatan kini dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, beliau memaklumkan KPDN Pahang sudah memeriksa 571 premis di seluruh Pahang bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan minyak diesel bersubsidi.
"Pemeriksaan menerusi Op Tiris sejak Mac lalu sehingga hari ini mendapati terdapat enam kes membabitkan jumlah keseluruhan sitaan sebanyak RM792,944 dan nilai sitaan bagi minyak diesel ialah RM301,994," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Muhamad Radzi (kanan) menunjukkan cara minyak diesel bersubsidi disedut daripada kepala lori (prime mover) ke dalam tangki simpanan bagi tujuan penyeludupan pada sidang media di sini hari ini. - Foto Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Diesel diseludup dari Malaysia dijual berleluasa di Sungai Golok
Perbezaan harga runcit petrol dan diesel yang ketara antara Malaysia dengan negara Thailand, menyebabkan bahan api itu terus menjadi sasaran penyeludup.

90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api
Sebanyak 90 peratus daripada 550 kenderaan yang disita dalam tempoh tiga tahun lepas, telah diubah suai tangki untuk digunakan dalam kegiatan penyeludupan bahan api seperti petrol dan diesel.

Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Kenderaan sindiket ini yang membawa diesel disembunyikan di dalam tangki tambahan, dikesan berulang alik kira-kira lima kali sehari ke Thailand.

Kastam Kedah tumpaskan cubaan seludup 14,000 liter diesel
JKDM Kedah lakukan pemeriksaan terhadap dua lori treler bernombor pendaftaran Thailand di Kompleks Dagangan Berat (Eksport) ICQS Bukit Kayu Hitam.

Warga emas ditahan cuba seludup diesel - KPDN Kelantan
KPDN Kelantan rampas 186 liter diesel dan menahan seorang warga emas menerusi Op Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar sempadan.

KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah
KPDN merampas 13,300 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua serbuan Ops Tiris 3.0 di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.

Ubah suai tangki treler, cuba seludup diesel ke negara jiran
Empat buah treler ditahan Jabatan Kastam Kedah di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu kerana disyaki menyeludup minyak diesel.

Sindiket seleweng diesel, pindah minyak tengah malam tumpas
Polis tumpaskan kegiatan kumpulan sindiket penyelewengan minyak diesel yang didalangi Geng Tikus merampas sebanyak 74,600 liter bernilai RM162,628 dalam serbuan di empat lokasi di Sungai Petani, pad

KPDN Pahang tumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel
KPDN Pahang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan menyita pelbagai barangan berjumlah RM454,000.