KUALA KANGSAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Op Tiris 3.0 di stesen minyak Jalan Puncak Bougainvillea, di sini, pada Sabtu.
Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi sekitar jam 2.45 pagi itu adalah hasil maklumat risikan anggota penguat kuasa yang mengesan terdapat aktiviti pembelian minyak diesel mencurigakan menggunakan sebuah lori bonded.
Katanya, hasil pemeriksaan menemukan lima buah tangki Kontena Pukal Pertengahan (IBC) yang mengandungi cecair disyaki minyak diesel berada di dalam lori tersebut.
"Seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori turut berada di tempat kejadian dan gagal mengemukakan sebarang dokumen melibatkan permit atau lesen barang kawalan apabila diminta.
"Lelaki terbabit mendakwa, beliau hanya pekerja dan dibayar gaji oleh majikan untuk membeli minyak diesel di stesen minyak dan perlu menunggu arahan selanjutnya bagi mengetahui destinasi penghantaran apabila telah selesai pembelian.
"Sehubungan itu, tindakan sitaan dilaksanakan ke atas kenderaan lori bonded tersebut bersama lima unit tangki IBC, 4,500 liter cecair yang disyaki minyak diesel, satu set pam dan dokumen yang berkaitan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, pemandu lori telah ditahan untuk siasatan lanjut dan rampasan keseluruhan kes itu dianggarkan bernilai RM44,575.
Tambahnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Pengusaha stesen minyak juga akan diambil tindakan penguatkuasaan kerana disyaki melanggar arahan pengawal bekalan dengan membenarkan mana-mana individu membuat pengisian minyak diesel ke dalam tong dan bukannya tangki asal kenderaan, tanpa kebenaran atau kelulusan daripada Pengawal Bekalan Malaysia.
"Dan turut disiasat kerana disyaki tidak mematuhi Arahan Pengawal Bekalan mengenai penjualan minyak diesel melebihi 250 liter bagi satu transaksi," katanya.
Kamalludin berkata, KPDN sentiasa komited dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi mempergiat serta mempertingkat kawal seliaan dan operasi ke atas pengedaran barang-barang kawalan di seluruh negara.
Ia bagi memastikan bekalan barang kawalan untuk kegunaan rakyat Malaysia sentiasa mencukupi dan tidak berlaku ketirisan barang kawalan bersubsidi yang akan merugikan negara.
Aida Aziz
Sat Jan 06 2024
Penyelewengan itu dipatahkan hasil maklumat risikan yang mengesan terdapat aktiviti pembelian minyak diesel mencurigakan menggunakan sebuah lori bonded. - Gambar ihsan KPDN Perak
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
KPDN Perak patahkan cubaan seleweng diesel bersubsidi, pengusaha stesen minyak disiasat
Penyelewengan itu dipatahkan hasil maklumat risikan yang mengesan terdapat aktiviti pembelian minyak diesel mencurigakan.