KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menahan lima lelaki disyaki terlibat dalam penjualan jam tangan tiruan berjenama popular di sebuah premis sekitar Seri Kembangan, pada Selasa.
Operasi itu dijalankan susulan aduan daripada wakil cap dagang sah berhubung aktiviti mencurigakan melibatkan cap dangangan yang diwakili di premis berkenaan.
Menurut Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey, seramai enam anggota KPDN terlibat dalam serbuan yang dilakukan bersama pihak pengadu selaku wakil cap dagang yang sah, pada 1.30 petang.
"Operasi berkenaan susulan tinjauan dan risikan selama tiga bulan terhadap aktiviti dilakukan di premis terbabit.
"Premis itu dijadikan stor simpanan barang tiruan jam tangan dan turut dijadikan lokasi untuk berurus niaga secara dalam talian.
"Siasatan awal mendapati, sindiket itu telah beroperasi dengan menjalankan jualan dalam talian barangan kasut tiruan sejak 2021 sebelum menjual jam tangan tiruan," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Semasa serbuan, Mohd Zuhairi berkata, pihaknya menahan lima lelaki yang terdiri daripada pemilik premis dan pekerja yang sedang menjalankan aktiviti urus niaga secara dalam talian.
"KPDN Selangor turut merampas barangan tiruan jam tangan berjenama popular bernilai RM241,236 yang merupakan nilai rampasan terbesar pada tahun ini," ujarnya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c), Akta Cap Dagangan 2019.
Afiezy Azaman
Wed Dec 13 2023
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menahan lima lelaki disyaki terlibat dalam penjualan jam tangan tiruan berjenama popular di sebuah premis sekitar Seri Kembangan, pada Selasa.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
KPDN Selangor rampas lebih 6,000 barang guna cap dagangan tidak sah
KPDN Selangor rampas lebih 6,000 barangan disyaki menggunakan cap dagangan secara tidak sah bernilai RM37,000 dalam serbuan di dua lokasi.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
KPDN Selangor rampas 6,800 paket minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merampas 6,800 paket minyak masak bersubsidi bersaiz satu kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah premis di Klang.
KPDN Selangor tahan lima lelaki, rampas jam tiruan jenama popular bernilai RM241,236
Operasi berkenaan susulan tinjauan dan risikan selama tiga bulan terhadap aktiviti dilakukan di premis terbabit.