IPOH: Tindakan seorang peniaga menyorok minyak masak peket bersubsidi dan hanya menjualnya kepada warga asing di sebuah premis perniagaan runcit dekat Desa Chepor Indah, Chemor di sini akhirnya terbongkar.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.
Katanya, serbuan dilakukan setelah menerima aduan orang awam bahawa peniaga berkenaan enggan menjual minyak masak peket kepada warga tempatan, sebaliknya hanya kepada warga asing.
"Satu tindakan penyamaran melalui Op Samar dilakukan oleh pegawai penguat kuasa KPDN.
"Pegawai yang menyamar sebagai pembeli tempatan ini telah melakukan uji beli minyak
masak peket, tetapi peniaga tersebut memaklumkan bahawa minyak masak sudah habis dijual.
"Curiga dengan kenyataan peniaga tersebut, sepasukan penguat kuasa bertindak melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas kedai runcit tersebut.
"Hasil pemeriksaan berjaya menemui sebanyak lima kotak minyak masak peket 1 kilogram (kg) yang diletakkan tepi kaunter dan di bahagian belakang premis," katanya dalam kenyataan semalam.
Kamalludin berkata, seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis gagal memberikan jawapan jelas mengapa minyak tersebut tidak dijual kepada pembeli.
Malah katanya, dia turut memaklumkan minyak masak habis apabila diminta.
"Pemantauan yang dilakukan ke atas premis juga mendapati kedai runcit yang beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 9 malam ini sering dikunjungi warga asing
"Tindakan sitaan dilakukan ke atas barang kawalan tersebut iaitu sebanyak 90 peket minyak minyak masak 1kg serta salinan lesen runcit barang kawalan (CSA), salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM) dan dokumen berkaitan," katanya.
Jelasnya lagi, nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM225.
Sehubungan itu katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16A(1)(b) iaitu enggan menjual barang kawalan kecuali dengan kebenaran pengawal atau mana-mana pengawal bekalan yang diberi kuasa oleh pengawal secara bertulis.
Aida Aziz
Mon Dec 04 2023
Serbuan dilakukan KPDN Perak susulan aduan orang awam bahawa peniaga berkenaan enggan menjual minyak masak peket kepada warga tempatan, sebaliknya hanya kepada warga asing. - Foto KPDN Perak
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.