Turut ditahan dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan yang juga pengurus di kedua-dua premis hiburan berkenaan bagi membantu siasatan.
Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman berkata makluman awam mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras tiruan setelah mendapati imbasan terhadap setem cukai minuman keras itu tidak mengeluarkan apa-apa maklumat berkaitan.
"Hasil pemeriksaan mendapati 244 botol minuman keras tiruan itu dipakaikan dengan cap dagangan yang berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).
"Kita juga akan membuat tindakan susulan bagi mengenal pasti sumber kesemua arak tiruan itu diperoleh," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Sabri berkata beberapa dokumen perniagaan lain turut disita dan setiap botol minuman keras itu dijual pada harga RM400 hingga RM500 dengan nilai keseluruhan rampasan RM104,918.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menggunakan perihal dagangan palsu.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)