IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita sebanyak 36,300 liter minyak disyaki diesel dan sebuah lori, menjadikan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM78,045 di sebuah premis di kawasan Perindustrian Anson, Teluk Intan pada Jumaat.
Pengarah KPDN Perak Saifullizan Kamarul Zaman berkata, operasi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan iaitu minyak diesel bersubsidi oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa kementerian itu di Teluk Intan, yang bermula pada 10.45 pagi, adalah hasil risikan selama seminggu.
"Hasil pemeriksaan di premis tersebut mendapati terdapat 41 unit tangki empat persegi berkapasiti 1,000 liter berisi minyak disyaki diesel berada di tempat kejadian.
"Turut ditemukan sebuah lori dengan muatan dua unit tangki empat persegi berisi minyak disyaki diesel. Pemeriksaan lanjut juga mendapati premis disyaki telah beroperasi lebih kurang sebulan tanpa sebarang lesen atau kebenaran untuk menyimpan barang kawalan minyak diesel," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 42 dan 45 tahun manakala siasatan awal mendapati modus operandi sindiket itu adalah membeli diesel di stesen minyak sekitar Teluk Intan, dikumpulkan dan seterusnya dipercayai akan dijual kepada pihak industri di negeri sempadan.
Katanya siasatan lanjut akan diteruskan dengan mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyita 36,300 liter minyak disyaki diesel dan sebuah lori yang menjadikan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM78,045. - Foto KPDN

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.

Subsidi bersasar diesel : KPDN, PDCK pertingkat langkah elak ketirisan di sempadan
KPDN Kelantan dan Persatuan Pakatan Dealer-dealer Caltex Kelantan akan bekerjasama membanteras ketirisan subsidi di sempadan Malaysia-Thailand.

Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.

Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.

Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal - KPDN
Harga minyak masak botol bagi satu kg kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) berkuat kuasa hari ini.

KPDN anjur Simposium Kos Sara Hidup 2023 dari 28-29 Nov
Simposium anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu diadakan secara berskala besar selepas kali pertama ia diadakan pada 2021.

Kekosongan jawatan Menteri KPDN: Amanah serah kepada PM
Meskipun berharap jawatan itu diberi kepada pemimpin atau ahli Amanah, namun beliau berkata, Perdana Menteri lebih berhak menentukannya.

Syor masukkan beras tempatan Sabah dalam senarai kawalan harga - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mensyorkan supaya beras tempatan di Sabah dimasukkan dalam senarai barang kawalan harga.

Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin
KPDN perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.

Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli, wujudkan lebih banyak pilihan - Salahuddin
Salahuddin berkata, realitinya pengguna di Malaysia akan tetap berbelanja mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing.