RAUB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meningkatkan bilangan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin Fasa Dua yang menumpukan kepada pemantauan bekalan dan harga beras di seluruh negara.
Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata penambahan seramai 900 pegawai pemantau harga KPDN, menjadikan keseluruhan tenaga kerja terlibat seramai 2,390 orang, menyaksikan 8,684 buah premis berjaya diperiksa secara kumulatif sejak operasi itu dilancarkan 7 Julai lepas.
"KPDN bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras mengadakan Op Jamin di seluruh negara dan kita putuskan untuk meneruskan fasa dua dengan pelbagai penambahbaikan.
Tumpuan Op Jamin ini memantau bekalan dan harga beras di semua peringkat rantaian... dengan meningkatkan tenaga kerja pemantauan, kita berjaya melipatgandakan jumlah premis yang diperiksa meliputi semua peringkat termasuk pengilang, pemborong dan peruncit," katanya.
Armizan berkata demikian pada sidang media selepas menyertai Op Jamin di daerah ini hari ini, yang dibuat bagi melihat situasi semasa di lapangan berhubung kedudukan bekalan harian seperti beras, gula dan minyak masak.
Beliau berkata kementerian juga akan terus mencari penambahbaikan berhubung isu barangan keperluan harian yang akan dibawa ke mesyuarat pasca Kabinet.
"Kita cuba bentang mekanisme terbaik kerana penguatkuasaan bukan untuk isu beras ini sahaja tetapi kita cuba mencari penyelesaian jangka masa panjang," katanya.
KPDN juga akan terus menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan dan bidang kuasanya terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI).
Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 atau mengikut Seksyen 12(1)(a) Akta Pelindungan Pengguna 1999 iaitu memberi gambaran mengelirukan mengenai harga barang atau perkhidmatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Menurut Armizan, penambahan seramai 900 pegawai pemantau harga KPDN, menjadikan keseluruhan tenaga kerja terlibat kini seramai 2,390 orang. - Gambar fail/Bernama

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.

Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.

KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.