TEMERLOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Temerloh menyita produk kecantikan tiruan dianggarkan bernilai lebih RM2,600 dalam operasi membanteras produk kosmetik menggunakan cap dagangan salah di sini pada Selasa.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata, rampasan tersebut dilakukan dalam satu serbuan ke atas sebuah premis yang dijadikan stor penyimpanan produk kosmetik di Jalan Industri Seberang 3 di sini.
Menurutnya, hasil maklumat dan aduan awam yang diterima, penguat kuasa KPDN Cawangan Temerloh telah menjalankan risikan dan tinjauan selama seminggu.
"Hasil pemantauan mendapati peniaga terbabit, lelaki berusia 41 tahun menjalankan urusniaga produk berkenaan secara dalam talian.
"Hasil pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat produk kosmetik sepertimana yang diadu dalam milikan pemilik premis yang menggunakan cap dagangan secara salah," katanya.
Abdul Razak berkata, tindakan telah diambil di bawah Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019 dan kesemua produk kosmetik yang diadu telah disita untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, mana-mana individu atau peniaga diingatkan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan kerajaan.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang memiliki barangan yang menggunakan cap dagangan secara salah.
"Individu yang melakukan kesalahan tersebut berdepan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
"Bagi syarikat pula denda sehingga RM15,000 bagi setiap unit barangan di bawah Akta Cap Dagangan 2019," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 04 2023
Penguat kuasa KPDN Temerloh melakukan pemeriksaan ke atas produk kecantikan di sebuah premis dalam operasi membanteras produk kosmetik menggunakan cap dagangan salah pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Agenda AWANI: Kemampanan masa depan
Apa peluang Malaysia sebagai pengerusi #ASEAN25 dalam menerajui agenda kemampanan masa depan melalui tiga inisiatif transformasi: penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan ketersambungan ekonomi di rantau ini? Diskusi 9 malam.
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
KUSKOP cadang anjur karnival usahawan wanita sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar satu karnival usahawan wanita diadakan sewaktu kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
WonderLab, WonderDewi perkenal identiti jenama baharu rai ulang tahun keempat
Produk kecantikan, WonderLab dan WonderDewi memperkenalkan logo baharu menerusi inisiatif penjenamaan semula bersempena meraikan ulang tahun keempat.
KPDN Temerloh rampas produk kosmetik tiruan bernilai lebih RM2,600
Rampasan tersebut dilakukan dalam satu serbuan ke atas sebuah premis yang dijadikan stor penyimpanan produk kosmetik.
Perketat peraturan jual produk kecantikan, kesihatan dalam platform e-dagang - Senator
Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan kerajaan memperketatkan peraturan perniagaan dalam platform e-dagang bagi membasmi penjualan barangan palsu terutama produk kecantikan dan perubatan.
Dewan Rakyat: KPDNHEP akan wujudkan mekanisme kawal selia industri kecantikan
KPDNHEP menyedari industri kecantikan sedang berkembang pesat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Peniaga kerugian RM30,000 diperdaya pengasas produk kecantikan
Selepas tempoh sebulan, suspek memberi pelbagai alasan dan mangsa mengesyaki ditipu.
'Scam' jual beli produk kecantikan, ibu dan dua anak perempuan ditahan
Seorang wanita bersama dua anak perempuannya ditahan polis selepas dipercayai menjadi dalang kes penipuan jual beli barang dalam talian.
Nelydia Senrose diperintah bayar ganti rugi lebih RM89,000 kepada Chriszen
Nelydia Senrose diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd.
Perkenal kaedah jualan baharu, WonderLab jadi tumpuan peminat kecantikan
Buat pertama kali di Malaysia, anda kini boleh melanggan masker muka menerusi produk WonderDewi GOOODPlan dalam pelan 14 dan 28 hari.
Syarikat kosmetik ambil langkah buang perkataan bawa maksud 'memutihkan'
L'Oreal membuang semua perkataan yang merujuk kepada 'putih', 'cerah' dan 'bersinar'.