KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tidak bercadang mengenakan sekatan atau harga siling bagi penjualan sayur-sayuran susulan jangkaan kenaikan harganya di pasaran sehingga 25 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata pihaknya akan memantau serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang pencatutan jika terdapat peniaga yang bertindak menaikkan harga secara melampau.
"KPDN tidak mengenakan sekatan atau harga siling tapi kita akan pantau supaya tidak berlaku pencatutan.
"Kita kena faham rantaian bekalan bermula daripada penanam sayur, kos pengeluaran pekebun, pengangkutan selain harga borong dan runcit," katanya kepada media ketika mengulas jangkaan kenaikan harga sayur-sayur sehingga 25 peratus berikutan dakwaan pengusaha ladang yang berdepan kekurangan pekerja asing sehingga menjejaskan bekalan.
Terdahulu, beliau melancarkan Malaysia Save Food (MySaveFood) Ramadan 2024 Peringkat Kebangsaan semasa meninjau Bazar Ramadan Rahmah di Jalan Raja Alang di sini.
Mengulas penganjuran MySaveFood, Fuziah berkata sebanyak 75 bazar di 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan terlibat dalam projek itu yang turut digerakkan oleh Pengguna Siswa dari 35 universiti termasuk 19 universiti awam.
"Melalui projek MySaveFood pada tahun lepas, sebanyak 25 tan makanan dengan nilai RM281,429.01 berjaya diselamatkan dan Majlis Bandaraya Shah Alam sahaja, pada hari pertama Ramadan, berjaya mengumpul sebanyak 429.8 kilogram (kg) makanan dari tiga bazar Ramadan manakala di Kampong Bharu, sebanyak 426.4kg makanan berjaya diselamatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024

Fuziah berkata pihaknya akan memantau serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang pencatutan jika terdapat peniaga yang bertindak menaikkan harga secara melampau. - Gambar fail/Bernama
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

KPDN tidak bercadang kenakan harga siling terhadap sayur - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tidak bercadang mengenakan sekatan atau harga siling bagi penjualan sayur-sayuran susulan jangkaan kenaikan harganya di pasaran.