KANGAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen ke atas mana-mana individu yang menjual atau menyewa lesen perniagaan runcit secara 'Ali Baba' kepada orang asing, khususnya di pekan sempadan.
Ketua Setiausaha KPDNHEP Azman Mohd Yusof berkata, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga tempatan itu hanya merugikan negara serta menutup 'periuk nasi' orang lain semata-mata bagi meraih keuntungan mudah.
Beliau berkata pihaknya mengambil berat kebimbangan yang disuarakan peniaga tempatan pekan sempadan di Kelantan, Kedah dan Perlis terhadap kebanjiran peniaga warga asing selepas pembukaan sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.
"Bagi peniaga tempatan yang menjual atau menyewa lesen perniagaan mereka kepada warga asing, tindakan pembatalan lesen operasi perniagaan juga boleh dilaksanakan oleh pihak PBT (pihak berkuasa tempatan)," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Azman berkata kerajaan hanya membenarkan warga asing yang memegang pas penggajian kategori satu iaitu bergaji RM10,000 ke atas dan kategori dua (RM5,000 ke atas) untuk membuka perniagaan di negara ini.
"Garis panduan penyertaan asing dalam sektor perdagangan dan pengedaran di Malaysia juga telah menyenaraikan warga asing tidak dibenarkan membuka kedai runcit, gerai dan lain-lain perniagaan kecil," katanya.
Azman berkata bagi membendung perkara tersebut, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaku kementerian yang mengawal selia PBT, selain menjalin kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
"Kerjasama ini diharap dapat memastikan bahawa tiada peniaga warga asing dibenarkan untuk membuka perniagaan peruncitan kecil di kawasan mereka (PBT)," katanya.
Katanya JIM membantu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuat tapisan awal permohonan perniagaan oleh warga asing bagi memastikan hanya mereka dalam bidang yang dibenarkan sahaja boleh membuka perniagaan di negara ini.
Orang ramai boleh membuat aduan kepada kementerian jika ada warga asing yang membuka perniagaan runcit di kawasan mereka dan aduan di peringkat negeri boleh disalurkan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP), tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Azman berkata, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga tempatan itu hanya merugikan negara serta menutup 'periuk nasi' orang lain semata-mata bagi meraih keuntungan mudah. - Facebook Azman Mohd Yusof
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.

Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.

Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.