PUTRAJAYA:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menghalang akses ke atas 1,146 laman sesawang cetak rompak sejak tahun 2018.
Timbalan Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam dalam satu kenyataan semalam berkata daripada jumlah itu, 64 laman cetak rompak disekat pada 2018, 438 pada 2019 dan meningkat kepada 644 pada 2020.
"Kejayaan aktiviti halangan akses ke atas laman cetak rompak ini akan terus diperkasakan selain dari tindakan penguatkuasaan secara fizikal," katanya.
Menurut Azman, usaha menghalang akses kepada laman cetak rompak itu dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pemain industri penyiaran dan perfileman tempatan dan antarabangsa.
Dalam pada itu, katanya kajian Asia Video Industry Association (AVIA) sejak 12 bulan lepas mendapati pengguna yang mengakses laman cetak rompak menurun sebanyak 64 peratus, manakala penggunaan peranti penstriman haram (ISD) turut menurun sebanyak 61 peratus.
Azman berkata kajian berkenaan turut menunjukkan sebanyak 55 peratus pengguna menyedari tindakan KPDNHEP menghalang akses ke atas laman cetak rompak yang menyebabkan 49 peratus daripada mereka tidak lagi melayari laman berkenaan.
"Kajian ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus langganan ke atas perkhidmatan penstriman berbayar yang sah serta peningkatan 15 peratus waktu menonton ke atas perkhidmatan berbayar ini," katanya.
Melalui komitmen dan kerjasama yang baik dengan industri dalam memerangi pelanggaran hak cipta dalam talian di Malaysia, katanya Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menerima sijil dan surat penghargaan daripada AVIA.
"Kaedah yang dilaksanakan oleh Malaysia hari ini turut dijadikan contoh dan ikutan kepada negara-negara lain terutamanya di Asia Tenggara melalui sesi kerjasama pihak AVIA dengan negara-negara serantau," katanya.
Azman turut mengingatkan aktiviti pengedaran cetak rompak melalui penjualan cakera optik, cakera padat (CD), cakera padat video (VCD) atau cakera video digital (DVD) secara fizikal mahu pun secara dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021

Melalui komitmen dan kerjasama yang baik dengan industri dalam memerangi pelanggaran hak cipta dalam talian di Malaysia, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menerima sijil dan surat penghargaan daripada AVIA.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.

Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.

Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.