PASIR MAS:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merekodkan 502 kes dengan nilai kompaun berjumlah RM266,600 membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang tahun ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata nilai kompaun meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding tahun lepas iaitu RM86,850 melibatkan 521 kes.
"Antara kesalahan yang dilakukan oleh pengguna sepanjang tahun ini ialah tidak mempamerkan tanda harga, timbang sukat tidak diakui sah dan tamat tempoh serta melakukan jualan murah tanpa mendapat kelulusan KPDNHEP," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Food Bank Malaysia Misi Bantuan Pasca Banjir Pantai Timur di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh di sini semalam yang turut dihadiri Ketua Jajahan Pasir Mas Nik Mohamed Nor Nik Ishak.
Terdahulu, Azanizam menyampaikan sumbangan makanan dan keperluan asas kepada 40 keluarga di sekitar jajahan Pasir Mas yang terkesan dengan fenomena banjir di Kelantan baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata sepanjang tahun 2020 juga pihaknya merekodkan sebanyak 786 tindakan berbanding 815 kes pada tahun lepas selain 829 pelbagai aduan pengguna berbanding 510 aduan bagi tahun sebelumnya.
Azanizam berkata KPDNHEP Kelantan turut mendapati masih berlaku peningkatan aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi di negeri itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas iaitu 200 kes direkodkan berbanding 2019 iaitu hanya 102.
"Barangan kawalan yang paling kerap diseludup adalah minyak masak, tepung gandum selain minyak petrol kerana harga barangan ini didapati lebih tinggi dijual di negara jiran sehingga mencecah empat kali ganda.
"Kes-Kes ini berjaya dibanteras hasil kerjasama baik KPDNHEP Kelantan dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Pasukan Gerakan Am, Angkatan Tentera Malaysia dan agensi-agensi keselamatan sempadan Malaysia selain kita sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan agensi penguat kuasa supaya tindakan penguatkuasaan boleh dilakukan dengan lebih efektif di kawasan-kawasan sempadan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020

KPDNHEP menjalankan pemeriksaan khas mengenai kedudukan 11 barangan keperluan asas pada peringkat pasaraya, peruncit dan pemborong di sekitar Kelantan. - Facebook KPDNHEP Kelantan

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.

Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.

Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.