Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak bakal kuatkuasakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula 20 Mei hingga 3 Jun 2020 iaitu selama 15 hari.
Ia dilaksanakan mengikut jadual sambutan Hari Raya Puasa yang dijangka akan disambut pada 24 Mei 2020 dan sambutan Gawai Dayak di Sarawak pada 1 Jun 2020.
Dalam satu kenyataan media, pihak KPDNHEP memaklumkan SHMMP wajar dilaksanakan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tiada jaminan peningkatan harga tidak akan berlaku di pasaran walaupun bekalan barangan keperluan adalah mencukupi.
Pelaksanaan harga maksimum ini bertujuan untuk memastikan harga barangan terpilih adalah terkawal dengan penetapan harga siling di peringkat pasar basah dan penjaja kecil yang menjadi tumpuan pengguna berbelanja pada musim perayaan.
Selain itu, pihak KPDNHEP Sarawak telah mengenal pasti 9 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum bagi pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa serta sebanyak 11 jenis barangan telah ditetapkan bagi SHMMP Hari Gawai.
Penentuan harga di Sarawak melibatkan 32 kawasan yang dibahagikan kepada lima (5) zon utama dengan perbezaan harga ditentukan oleh faktor geografi, lojistik dan punca bekalan diperolehi bagi sesuatu kawasan.
Penentuan harga barangan juga dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dengan turut mengambil kira faktor perubahan harga, khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi harga dari negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.
Senarai barangan harga terkawal bagi SHMMP Hari Raya Aidilfitri, dan Hari Gawai bagi negeri Sarawak adalah seperti berikut:
HARI RAYA PUASA;
(1) Ayam hidup
(2) Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
(3) Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
(4) Daging lembu import
(5) Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
(6) Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
(7) Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
(8) Kelapa biji (pemborong)
(9) Kelapa parut (peruncit)
HARI GAWAI;
(1) Ayam hidup
(2) Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
(3) Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
(4) Ayam tua hidup
(5) Kepak ayam
(6) Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
(7) Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
(8) Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
(9) Daging babi (perut)
(10) Daging babi (daging dan lemak)
(11) Babi Hidup (pengeluar)
Bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab, tindakan pengeluaran notis di bawah seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga barangan secara mendadak dan ketara.
Tindakan tegas juga akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan Skim ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Bagi orang awam, sekiranya didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang- undang berkenaan Skim ini, aduan boleh disalurkan kepada Kementerian melalui talian hotline kementerian di 1-800-886-800 atau Portal e-aduan kpdnhep di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau di talian Whatsapp 019-2794317 atau hadir sendiri di mana-mana pejabat Kementerian yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.
Rudi Affendi Khalik
Wed May 20 2020
Pelaksanaan harga maksimum ini bertujuan untuk memastikan harga barangan terpilih adalah terkawal dengan penetapan harga siling di peringkat pasar basah dan penjaja kecil. FOTO: BERNAMA
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Harga runcit minyak masak tulen kemasan botol kekal - KPDN
Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Mac hingga 7 April ini, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
KPDNHEP Sarawak laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak bakal kuatkuasakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula 20 Mei hingga 3 Jun 2020 iaitu selama 15 hari.
Tindakan tegas jika peniaga naikkan harga topeng penutup mulut dan hidung - KPDNHEP
Penularan wabak novel koronavirus sudah tentu membuatkan masyarakat akan mengambilkan langkah berjaga-jaga.
Peniaga kaut untung lebih: 'Kita dengar dulu penjelasan mereka' - Saifuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini dalam usaha mengesan peniaga yang mengaut keuntungan sama ada ia dilakukan secara berasas atau semberono.
KPDNKK senarai 16 barangan harga kawalan bersempena Krismas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.
10 barangan disenarai dalam skim kawalan harga Ramadan
Barang-barang berkenaan adalah kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.
Harga petrol naik: Jangan jadikan alasan naikkan harga barangan
Datuk Seri Hamzah Zainudin menasihatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan dengan sesuka hati.
Hanya empat jualan murah setahun berkuat kuasa 1 Januari 2017 - KPDNKK
Mulai 1 Jan tahun depan, peniaga hanya boleh mengadakan jualan murah sebanyak empat kali dalam setahun, berbanding lima kali sebelum ini.
Kenaikan barang sekolah: Kementerian beri peniaga amaran
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran akan mengambil tindakan atas peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan keperluan sekolah.
KPDNKK senarai 18 barangan harga terkawal sempena Krismas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.