KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyita sebanyak 22,207 unit pakaian dan kasut berjenama tiruan yang dianggarkan bernilai RM850,000 dalam operasi pada 29 Mac lepas.
Pengarahnya Ariffin Samsudin berkata serbuan ke atas tiga premis pemborong dan sebuah gudang itu dijalankan selepas menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagangan terbabit.
"Serbuan ke atas tiga premis di kompleks pemborong di Jalan Kenanga dan gudang di Taman Kencana dijalankan selepas risikan selama seminggu," katanya pada sidang media Op Barangan Tiruan di Stor Eksibit KPDNHEP WPKL di Segambut hari ini.
Beliau berkata hasil maklumat mendapati barangan terbabit adalah untuk jualan sempena Aidilfitri tahun ini dan kasut yang diperoleh daripada pembakal pada harga RM30 hingga RM80 sepasang itu dijual di pasaran pada harga RM100 hingga RM250 sepasang.
Katanya kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM15,000 untuk setiap barangan bagi kesalahan pertama serta RM30,000 bagi setiap barangan bagi kesalahan kedua dan seterusnya.
Kes itu turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Ariffin menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam urus niaga barangan tiruan bagi menghormati hak intelek pengeluar dan hukuman berat boleh dikenakan kepada individu atau syarikat yang melanggar undang-undang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Ariffin (kanan) menunjukan barang yang dirampas pada sidang media mengenai Operasi Membanteras Penjualan Barang Tiruan oleh KPDNHEP WPKL di Stor Eksibit KPDNHEP WPKL Segambut hari ini. - Bernama
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
KPDN Selangor lupus barang rampasan bernilai RM1.7 juta
Antara jenis kesalahan yang terlibat bagi pelupusan ini adalah seperti penjualan barangan tiruan.
Pengarah, pengurus dan syarikat didenda RM791,775 perdagang barangan tiruan
Mereka didakwa membekalkan barangan dengan perihal dagangan palsu, berupa 17,595 pasang selipar serta kasut jenama terkenal.
KPDNHEP Perak rampas 2,845 barangan tiruan bernilai lebih RM80,000
Serbuan dijalankan kira-kira jam 10.30 pagi hasil aduan dan maklumat risikan melalui wakil pemilik cap dagang, berhubung penjualan barangan tiruan tersebut.
KPDNHEP Perak sita barangan tiruan bernilai lebih RM34,000
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan pihak polis.
KPDNHEP sita lebih 20,000 barangan tiruan untuk jualan hari raya
Serbuan ke atas tiga premis pemborong dan sebuah gudang itu dijalankan selepas menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagangan terbabit.
'Instafamous' mengaku tidak bersalah miliki beg, kasut dan baju berjenama tiruan untuk jualan
Nur Ilyana Mohtada atau lebih dikenali sebagai Illey, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan itu.
KPDNHEP tingkat operasi penguatkuasaan barang tiruan
Operasi penguatkuasaan penjualan barangan tiruan tetap dilakukan meskipun ketika ini operasi pematuhan SHMMP 2021 giat dilaksanakan.
KPDNHEP banteras jualan pencuci pakaian tiruan dalam talian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), berjaya membanteras penjualan serbuk pencuci pakaian tiruan melalui transaksi dalam talian di laman media sosial Facebook.
KPDNHEP rampas barangan tiruan pelbagai jenama bernilai lebih RM700,000
Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota KPDNHEP Kuala Lumpur bersama beberapa wakil dari pemilik cap dagang berdaftar.
Thailand musnahkan lebih 2 juta produk tiruan bernilai RM175 juta
Produk tiruan yang dimusnahkan tersebut itu adalah hasil rampasan daripada pelbagai operasi yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Thailand, Jabatan Kastam dan Jabatan Siasatan Khas.