KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas sejumlah pakaian dan beg tangan tiruan bernilai RM68,000, dalam tiga serbuan berasingan, semalam.
Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata serbuan secara serentak pada 2 petang itu, termasuk di dua stor barangan di Kuala Terengganu dan satu di Kuala Berang susulan laporan oleh pemilik cap dagangan berdaftar.
Beliau berkata dalam serbuan berkenaan seorang lelaki dan seorang perempuan warga tempatan berusia 30-an, turut ditahan bagi membantu siasatan.
"Operasi dijalankan oleh penguat kuasa selepas menerima laporan daripada pemilik cap dagang berdaftar, yang mengesyaki barangan aktif diniagakan di media sosial adalah tiruan.
"Hasil serbuan mendapati sejumlah 3,461 barangan terdiri daripada pakaian dan beg tangan berjenama (tiruan) pelbagai saiz, disimpan di dalam stor berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Saharuddin berkata kesemua barangan tersebut disita dan disimpan di KPDNHEP Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.
Beliau berkata KPDNHEP memandang serius kes seumpama itu bagi melindungi hak pemilik cap dagang dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik sesetengah peniaga, yang cuba mengaut keuntungan mudah melalui penjualan barangan tiruan.
"Berhati-hati membeli barangan berjenama terutama dalam talian, kerana sudah ramai yang tertipu dengan helah peniaga yang tidak bertanggungjawab.
"Saya juga minta supaya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk salurkan melalui portal [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDNHEP atau terus WhatsApp ke nombor 019-2794317 atau 019-8488000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
![KPDNHEP Terengganu rampas pakaian, beg tiruan KPDNHEP Terengganu rampas pakaian, beg tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663040924_KPDNHEPRampas.jpg)
Saharuddin (tengah) memeriksa beg tangan tiruan yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan pada sidang media di Stor Penyimpanan KPDNHEP Terengganu di Chendering hari ini. -- fotoBERNAMA
![Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739249740_Thaipusam.jpg)
Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal
Lebih 1.5 juta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan Thaipusam hari ini.
AWANI Ringkas: Penderaan | Sambutan Thaipusam | Orang hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump naikkan tarif keluli dan aluminium
Presiden Donald Trump menaikkan tarif import keluli dan aluminium pada Isnin dengan membatalkan pengecualian serta kuota bebas cukai bagi pembekal utama seperti Kanada, Mexico, Brazil, dan beberapa negara lain.
Tindakan ini berpotensi meningkatkan ketegangan dalam perang perdagangan global.
Tindakan ini berpotensi meningkatkan ketegangan dalam perang perdagangan global.
Polis Israel serbu kedai buku Palestin
Polis Israel menyerbu sebuah kedai buku Palestin terkenal di Baitulmaqdis Timur dan menuduh pemiliknya menjual buku yang dikatakan menghasut keganasan.
Antara buku yang dimaksudkan adalah buku mewarna kanak-kanak berjudul "From the Jordan to the Sea".
Antara buku yang dimaksudkan adalah buku mewarna kanak-kanak berjudul "From the Jordan to the Sea".
Banyak negara gagal penuhi sasaran iklim PBB
Banyak negara pencemar utama gagal memenuhi tarikh akhir Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengemukakan sasaran iklim baharu.
Ia sekali gus menjejaskan usaha menangani pemanasan global ketika pengaruh politik semakin mempengaruhi dasar iklim.
Ia sekali gus menjejaskan usaha menangani pemanasan global ketika pengaruh politik semakin mempengaruhi dasar iklim.
Hujan lebat, banjir kilat landa beberapa kawasan Australia
Hujan lebat dan banjir kilat melanda beberapa bahagian Australia pada Isnin berikutan permulaan musim monsun.
![Google Maps paparkan 'Gulf of America' untuk pengguna di AS Google Maps paparkan 'Gulf of America' untuk pengguna di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739249021_AirForceOne.jpg)
Google Maps paparkan 'Gulf of America' untuk pengguna di AS
Alasan yang diberikan, ia merupakan 'amalan dalam menerapkan perubahan nama apabila ia telah dikemas kini dalam sumber rasmi kerajaan.'
Seorang maut selepas jet peribadi terhempas di Arizona
Sebuah jet peribadi dilaporkan terhempas selepas bertembung dengan sebuah lagi pesawat di landasan Lapangan Terbang Scottsdale, Arizona pada Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut.
Elon Musk mahu beli Openai, CEO Sam Altman kata "No, Thank You"
Musk, yang telah lama berselisih faham dengan Ketua Pegawai Eksekutif Openai, Sam Altman telah mengemukakan beberapa aduan undang-undang terhadap syarikat itu.
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (jpbn), jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 1,061 orang daripada 332 keluarga pagi ini, berbanding 1,047 orang melibatkan 325 keluarga pada Isnin malam.
![Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696147344_TBSaifuddinNasution.jpg)
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
![Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688719258_courtgavelmahkam.jpg)
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
![Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683694643_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
![Naikkan harga gula: Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi - Salahuddin Naikkan harga gula: Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686648960_SalahuddinAyub.jpg)
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
![Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671518859_SalahuddinAyub.jpg)
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
![KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670925628_AzmanAdam.jpg)
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
![Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670820172_menyelewengdiesel.jpg)
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
![KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670483969_KPDNKSH.jpg)
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
![Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis' Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670223667_TBTELURKOTOR.jpg)
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
![Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41669895909_cookingoilminyak.jpg)
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.