PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meningkatkan pemantauan kedudukan bekalan keperluan di seluruh negara terutama semasa musim tengkujuh.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata pemantauan dilaksanakan bagi memastikan bekalan keperluan mencukupi dan mudah diperoleh oleh pengguna dalam tempoh itu.
Pemantauan melibatkan pemeriksaan ke atas Pengilang Terpilih Daerah (DDM), Pemborong Terpilih Daerah (DDW) dan Peruncit Terpilih Daerah (DDR) yang dilantik di seluruh negara serta premis-premis lain.
"Pemantauan rapi ini adalah bagi memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi bagi keperluan pengguna lebih-lebih lagi di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir ketika ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata anggota penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara akan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain bagi memastikan bekalan keperluan asas mencukupi dan mudah diperoleh di kawasan-kawasan yang terjejas.
Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDNHEP di seluruh negara telah diaktifkan bagi memastikan laporan berhubung kekurangan bekalan keperluan asas di kawasan terjejas akibat banjir dapat di atasi dengan segera.
"KPDNHEP juga memastikan kesiapsiagaan anggota penguat kuasa untuk sentiasa berada di lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku," katanya.
Azman mengingatkan peniaga agar tidak melakukan aktiviti menyorok bekalan keperluan bagi memastikan keperluan asas pengguna di kawasan yang terjejas akibat banjir mencukupi dan mudah diperoleh.
Peniaga yang didapati melakukan aktiviti menyorok bekalan keperluan ini akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
![KPDNHEP tingkat pemantauan bekalan keperluan semasa musim tengkujuh KPDNHEP tingkat pemantauan bekalan keperluan semasa musim tengkujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638892621_AzmanAdam.jpg)
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata pemantauan dilaksanakan bagi memastikan bekalan keperluan mencukupi dan mudah diperoleh oleh pengguna dalam tempoh itu. - Gambar fail/BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696147344_TBSaifuddinNasution.jpg)
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
![Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688719258_courtgavelmahkam.jpg)
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
![Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683694643_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
![Naikkan harga gula: Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi - Salahuddin Naikkan harga gula: Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686648960_SalahuddinAyub.jpg)
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
![Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671518859_SalahuddinAyub.jpg)
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
![KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670925628_AzmanAdam.jpg)
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
![Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670820172_menyelewengdiesel.jpg)
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
![KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670483969_KPDNKSH.jpg)
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
![Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis' Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670223667_TBTELURKOTOR.jpg)
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
![Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41669895909_cookingoilminyak.jpg)
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.