SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Teluk Kemang, Port Dickson, Isnin lepas.
Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDNHEP Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan dilakukan hasil risikan selama tiga minggu dan anggotanya turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun bagi membantu siasatan.
"Ketika serbuan, terdapat sebuah lori tangki sedang mengisi minyak diesel di dalam tangki simpanan. Pemandu lori membuat pengisian minyak diesel berjumlah RM500 bersamaan kira-kira 232 liter.
"Hasil siasatan awal mendapati pemandu itu melakukan dua kali pengisian dengan jumlah transaksi RM1,000. Kapasiti minyak diesel yang boleh diisi tidak melebihi 250 liter sehari namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati ruang tangki simpanan mengandungi 370 liter minyak diesel," katanya kepada pemberita di Stor KPDNHEP, Seremban 2 di sini hari ini.
Beliau berkata susulan itu, pihaknya merampas minyak diesel, lori tangki, dua telefon bimbit dan satu set kamera litar tertutup (CCTV) yang keseluruhannya dianggar bernilai RM27,795 selain invois, resit jualan serta sejumlah dokumen perniagaan lain daripada stesen minyak berkenaan.
"Terdapat 24 stesen minyak dari Port Dickson hingga ke Lukut, modus operandi adalah mereka pergi ke setiap stesen minyak dan kita juga sedang menyiasat sama ada pengusaha stesen minyak terlibat dalam kes ini. Kesemua stesen minyak tersebut diminta mematuhi undang-undang ditetapkan," katanya.
Shamsul Nizam berkata individu terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dan keputusan kes dimuktamadkan.
Syarikat terbabit juga disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).
Katanya setakat tahun ini, KPDNHEP telah mengesan empat kes penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Negeri Sembilan iaitu tiga di Port Dickson dan satu di Seremban membabitkan rampasan bernilai RM71,690.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022
Shamsul Nizam Khalil (dua, kiri) menunjukkan antara jentera yang digunakan bagi menjalankan kerja-kerja penyelewengan minyak diesel bersubsidi pada sidang media di Stor Eksibit KPDNHEP Seremban 2, hari ini. - Bernama
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
Op Bersepadu: Had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal juga akan dihentikan sementara waktu agar tidak menjejaskan aliran trafik.
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
Oracle, Microsoft dilapor dalam perbincangan untuk ambil-alih operasi TikTok
Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara Oracle uruskan algoritma, kemas kini perisian dan sebagainya.
Lebih 1,000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 migran, termasuk beberapa warga Venezuela, memulakan perjalanan dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan Labuan hingga tengah hari ini
Antara kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan Rompin, Segamat dan Mersing.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody's terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
Bekas kapten kapal didakwa seleweng 61,000 liter minyak diesel
Seorang bekas kapten kapal mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyeleweng 61,000 liter minyak diesel melibatkan kerugian RM97,600.
KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD
KPDN Negeri Sembilan merampas 41,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM59,400 dalam serbuan di dua premis berasingan di Port Dickson.
Pengarah syarikat, dua pekerja didakwa seleweng lebih 30,000 liter diesel
Seorang pengarah syarikat serta dua pekerja kapal tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyeleweng lebih 30,000 liter minyak diesel, Jumaat lepas.
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter diesel subsidi
Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi pada Selasa.
Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit.