Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan jika ada pihak yang menyorok ikan kembung atau terlibat dalam aktiviti pencatutan sehingga menyebabkan kenaikan harga ikan itu di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, berdasarkan pemerhatian KPDNKK setakat ini, harga ikan kembung naik kerana permintaan mengatasi bekalan ikan yang tidak mencukupi pada masa ini.
"Saya sudah maklumkan perkara ini kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya mereka mencari pendekatan yang sesuai bagi memastikan bekalan mencukupi dan masalah kenaikan harga ikan kembung tidak berlarutan," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di KPDNKK di sini hari ini.
Tambah Hamzah, beliau turut meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengkaji untuk membawa masuk ikan kembung dari luar negara atau menyekat penjualan ikan kembung hasil tangkapan nelayan tempatan ke luar negara.
Bernama sebelum ini melaporkan kenaikan harga ikan kembung sehingga mencecah lebih RM12 sekilogram kebelakangan ini di beberapa negeri menyebabkan ramai pengguna mula beralih kepada ayam, ikan kering dan bahan mentah lain yang lebih murah.
Mengulas mengenai penjualan minyak bersubsidi yang dijual dalam botol, Hamzah berkata, berdasarkan maklumat yang diterima ia kurang mendapat sambutan berbanding minyak masak bersubsidi dalam paket plastik yang berharga RM2.50.
Jelas beliau, minyak masak bersubsidi dalam botol berukuran satu liter dan bukannya satu kilogram (kg) berharga RM2.95.
"Pengguna lebih banyak membeli minyak masak bersubsidi dalam paket plastik. Jadi saya akan beri tempoh satu atau dua bulan lagi. Kalau minyak masak bersubsidi dalam botol masih tidak diterima baik pengguna, maka minyak masak bersubsidi 1kg hanya akan dijual dalam paket plastik," katanya lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai laporan agensi berita asing bahawa agensi perisikan Korea Utara yang menjalankan operasi senjata dengan nama Glocom yang dikatakan mempunyai pejabat di negara ini, Hamzah berkata kementeriannya hanya melihat kepada pendaftaran mana-mana pelabur atau sesiapa yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.
"Sama ada mereka perisik atau tidak, itu bukan tugas (KPDNKK). Polis perlu meneliti perkara ini. Sekiranya (dakwaan) itu benar, maka polis perlu mengambil tindakan dan bukannya KPDNKK," katanya.
Hamzah berkata apabila seseorang mendaftarkan syarikat, KPDNKK tidak memeriksa sama ada mereka perisik dari mana-mana negara atau tidak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2017
HAMZAH: KPDNKK akan mengambil tindakan jika ada pihak yang menyorok ikan kembung. - Gambar fail
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
#AWANIRingkas 21 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Januari 2025
1️⃣ Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
2️⃣ Remaja perempuan 16 tahun hilang di Karak
3️⃣ Penggal kedua penuh kontroversi
#awaniringkas
1️⃣ Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
2️⃣ Remaja perempuan 16 tahun hilang di Karak
3️⃣ Penggal kedua penuh kontroversi
#awaniringkas
Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.
Tahanan imigresen lolos: Hamzah arah siasatan terperinci kenal pasti punca
Semua agensi penguatkuasaan di bawah KDN telah dikerahkan dalam operasi bersepadu bagi menahan semula kesemua tahanan.
Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPT Bersatu setuju keluar PH 23 Februari lalu, bentuk gabungan baharu
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti lain di luar gabungan itu.
Harga runcit petrol, diesel kekal diumum setiap minggu - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengumuman bahan bakar itu tetap dilaksanakan secara mingguan walaupun ada permintaan supaya ia dibuat secara bulanan.
KPDNKK ambil tindakan jika ada pihak sorok, catut ikan kembung
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan jika ada pihak yang menyorok ikan kembung.
Kerajaan cadang wujud lebih banyak koperasi dalam sektor peruncitan, pemborongan
Kerajaan bercadang menubuhkan lebih banyak koperasi dalam sektor peruncitan dan pemborongan dalam usaha mewujudkan lebih banyak kedai harga patut.
'Apakah mekanisme yang awak mahu?', soal menteri kepada wartawan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) masih belum menetapkan sebarang mekanisme kawalan harga minyak masak.
Harga minyak masak paket 1kg kekal RM2.50, botol ikut harga pasaran
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.