PUTRAJAYA:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata skim yang akan dilaksanakan bermula 19 hingga 28 Dis itu, melibatkan enam hari sebelum perayaan, hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Beliau berkata barangan disenaraikan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup (harga maksimum di Sarawak sahaja), ayam Belanda import, kepak ayam (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja), daging kambing tempatan bertulang (Semenanjung sahaja), daging kambing/biri-biri import tanpa tulang.
Selain itu, daging paha kambing/biri-biri import bertulang (Semenanjung sahaja), telur ayam gred A, gred B dan gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja) juga termasuk dalam skim kawalan harga.
"Pada tahun ini, ayam tua hidup dan ayam Belanda import turut disenaraikan dalam skim kawalan harga musim perayaan berikutan permintaan tinggi sempena Krismas," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Henry Sum Agong dan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh.
Hamzah berkata harga maksimum ini ditentukan di 89 daerah atau kawasan di Semenanjung; 32 di Sarawak dan 27 di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan.
"Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan dengan barangan lain.
"Peniaga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh adalah lebih rendah," katanya.
Beliau berkata ia adalah tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga tidak beretika sepanjang musim perayaan.
Hamzah berkata peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.
Peniaga yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh didenda mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan bagi syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000, katanya.
Hamzah berkata pegawai KPDNKK akan berada di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.
"KPDNKK akan mendapatkan kerjasama daripada Friends of KPDNKK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), penghulu dan ketua masyarakat untuk membantu kementerian dengan memantau dan memberi maklum balas mengenai pelaksanaan skim ini," katanya.
Orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada KPDNKK jika mendapati peniaga tidak mematuhi undang-undang di talian 03-8000 8000 (1Malaysia One Call Centre), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 1-800-886-800 atau e-mel ke alamat [email protected] atau SMS ke 15999 dengan menaip "KPDNKK ADUAN "butiran aduan". -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2016
![KPDNKK senarai 18 barangan harga terkawal sempena Krismas KPDNKK senarai 18 barangan harga terkawal sempena Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-10/51476455806_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
KPDNKK menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini. -Gambar hiasan
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Makin nak Raya, harga daging makin naik Makin nak Raya, harga daging makin naik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618139459_PENGGUNADAGING.jpg)
Makin nak Raya, harga daging makin naik
Harga daging lembu segar tempatan di sekitar Kepala Batas di sini dijual pada harga RM40 sekilogram, dipercayai melebihi harga siling RM34 sekilogram yang ditetapkan kerajaan.
![Perisian tidak sah: Gayatri seru kerajaan cari strategi kukuh bantu industri perfileman Perisian tidak sah: Gayatri seru kerajaan cari strategi kukuh bantu industri perfileman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613656002_GayatriSulinPillai.jpg)
Perisian tidak sah: Gayatri seru kerajaan cari strategi kukuh bantu industri perfileman
Menurut Gayatri, pihaknya cukup terasa dengan impak cetak rompak kerana tidak banyak saluran di Malaysia yang boleh menjual produk mereka.
![Bagaimana nak pertahankan karya jurugambar yang dicilok? Bagaimana nak pertahankan karya jurugambar yang dicilok?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596951190_TBphotographer.jpg)
Bagaimana nak pertahankan karya jurugambar yang dicilok?
Jurugambar perlu tahu hak mereka sekiranya karya-karya yang dibidik menjadi mangsa plagiat atau dicuri untuk kegunaan pihak lain.
![JPJ kekal penggunaan WhatsApp untuk orang ramai buat aduan JPJ kekal penggunaan WhatsApp untuk orang ramai buat aduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463889341_SekatanJalanRaya.jpg)
JPJ kekal penggunaan WhatsApp untuk orang ramai buat aduan
Langkah itu dianggap berkesan dalam menangani pemandu yang melanggar peraturan antara lain memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan memotong di lorong kecemasan.
![KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61466136432_ayampasar.jpg)
KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina
Sebanyak 12 jenis barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Tahun Baharu Cina 2019 yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula 30 Jan dan berakhir pada 8 Feb.
![Harga barangan perlu diselaraskan ikut SST mulai 15 Nov Harga barangan perlu diselaraskan ikut SST mulai 15 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539758184_950x600.jpg)
Harga barangan perlu diselaraskan ikut SST mulai 15 Nov
Mulai 15 Nov depan, semua pasar raya besar dan kedai runcit berangkai di seluruh negara perlu menyelaras harga baharu bagi semua jenis barangan mengikut sistem SST yang dilaksanakan pada 1 Sept lalu.
![Gerai ikan 5 sen diperiksa Gerai ikan 5 sen diperiksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532487689_KPDNKK.jpg)
Gerai ikan 5 sen diperiksa
Tindakan berkenaan adalah tugas rutin dilakukan ke atas premis perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan dan garis panduan ditetapkan.
![Kementerian Kesihatan kaji mekanisme kawalan harga ubat Kementerian Kesihatan kaji mekanisme kawalan harga ubat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41471521052_pills.jpg)
Kementerian Kesihatan kaji mekanisme kawalan harga ubat
Usaha itu diambil berikutan harga ubat-ubatan dalam pasaran kian meningkat setiap tahun dan dikhuatiri menjejaskan kebolehmampuan penjagaan kesihatan untuk rakyat.
![KPDNKK N. Sembilan kesan 21 kes langgar kawalan harga musim perayaan KPDNKK N. Sembilan kesan 21 kes langgar kawalan harga musim perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526987469_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
KPDNKK N. Sembilan kesan 21 kes langgar kawalan harga musim perayaan
Kes dikesan hasil pemeriksaan ke atas 815 premis perniagaan dan melibatkan antaranya Perintah 2 (1) Perintah Kawalan Harga Antipencatutan Penandaan Harga Barang Terkawal.
![Mantapkan penguasaan Bahasa Inggeris mudahkan permohonan dana kerajaan Mantapkan penguasaan Bahasa Inggeris mudahkan permohonan dana kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51529309900_neelofa.jpg)
Mantapkan penguasaan Bahasa Inggeris mudahkan permohonan dana kerajaan
kemahiran Bahasa Inggeris mampu memacu sektor e-dagang tempatan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di peringkat global.