KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyaran pemilik ladang meningkatkan penggunaan teknologi automasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan menjadikan industri sawit negara lebih berdaya tahan untuk tempoh jangka masa panjang.
Menteri Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, berdasarkan kajian dan penyelidikan teknologi oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), peningkatan penggunaan automasi seperti menggunakan dron untuk pengawasan dan kawalan serangga perosak akan menarik minat pekerja tempatan untuk mula bekerja di sektor ladang.
"Kementerian menggalakkan pemilik kebun untuk mula membuat pelaburan bagi mendapatkan alat teknologi kerana pembabitan lebih besar dalam automasi boleh membantu meletakkan minyak sawit sebagai minyak masak pilihan utama di peringkat global, sejajar dengan Kempen 'Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan' yang sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya kementerian berharap pemilik ladang akan mencari penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Dalam masa yang sama, Zuraida berkata kementerian akan meneruskan usaha mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor perladangan khususnya sawit.
Katanya kementerian sedar kekurangan pekerja akan menyebabkan industri sawit mengalami penurunan pendapatan sebanyak lima peratus sehingga 10 peratus seperti diramalkan Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA).
"Semua pihak perlu menyedari bahawa antara sebab-sebab utama masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan ini berlaku adalah berpunca daripada langkah penutupan pintu sempadan antarabangsa, bagi membendung penularan wabak COVID-19 di dalam negara, sekali gus melindungi imuniti kelompok rakyat daripada penyakit berjangkit.
"Ketika ini, kementerian terus berganding bahu bersama-sama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi dengan kadar segera," katanya.
Pada September 2021, kerajaan bersetuju meluluskan rancangan membawa masuk 32,000 pekerja asing untuk bekerja di ladang kelapa sawit di seluruh negara, katanya.
Selain itu, katanya pada masa hadapan, pemilik ladang kelapa sawit di seluruh negara perlu melihat prospek pekerja dengan lebih meluas seperti di India dan Pakistan, serta tidak hanya tertumpu kepada pekerja-pekerja dari negara Indonesia dan Bangladesh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
Peningkatan penggunaan automasi seperti menggunakan dron untuk pengawasan dan kawalan serangga perosak akan menarik minat pekerja tempatan untuk mula bekerja di sektor ladang. - Foto: Dagang News
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Kajian Situasi Buruh Sektor Perladangan Malaysia diserah kepada Jabatan Buruh AS
Kajian mengenai Situasi Buruh di Sektor Perladangan telah siap dan akan diserahkan kepada Jabatan Buruh Amerika Syarikat (DOL) dalam masa terdekat.