KUALA LUMPUR: Program Pembangunan Tanaman Bawang yang akan dilaksanakan secara berfasa bermula tahun ini hingga 2030 dijangka dapat mengurangkan import bawang negara sebanyak 30 peratus, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menurutnya, program berkenaan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa prakomersial bermula tahun ini hingga tahun hadapan dan fasa komersial pada 2026 hingga 2030.
Fasa prakomersial katanya, bertujuan menerokai potensi penanaman bawang kecil di Malaysia dengan 70 tan metrik benih bebawang kecil dan 230 kilogram (kg) biji benih bawang kecil akan dibekalkan oleh pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Menurutnya, kawasan penanaman bawang seluas 100 hektar akan dibangunkan dengan jangkaan hasil pengeluaran sebanyak lima tan metrik per hektar dalam fasa prakomersial itu.
"Penanaman bawang ini boleh dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. Dijangkakan pengeluaran bawang bagi fasa (prakomersial) ini adalah sebanyak 1,000 tan metrik," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang meminta perincian usaha-usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk mengurangkan import bawang sebanyak 30 peratus.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata fasa komersial program itu pula akan melibatkan pembangunan kawasan seluas 1,347 hektar dan dijangka menghasilkan sebanyak 14,470 tan metrik bawang.
Beliau berkata program berkenaan hanya akan melibatkan tanaman bawang kecil kerana MARDI masih belum menjumpai varieti bawang besar dan bawang putih yang sesuai untuk ditanam di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024

Program berkenaan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa prakomersial bermula tahun ini hingga tahun hadapan dan fasa komersial pada 2026 hingga 2030. -Gambar fail/Bernama

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

KPKM laksana program kurangkan kebergantungan bawang import
Program berkenaan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa prakomersial bermula tahun ini hingga tahun hadapan dan fasa komersial pada 2026 hingga 2030.