GEORGE TOWN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan pelaksanaan Jualan Agro Madani di 5,000 lokasi di seluruh negara melibatkan nilai jualan sebanyak RM39 juta pada tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya turut menyasarkan penyertaan 46,000 usahawan di seluruh negara.
Katanya ia susulan kejayaan program itu yang mencatat nilai jualan RM17.7 juta setelah diadakan di 643 lokasi hingga 9 Julai lepas melibatkan 10,143 usahawan dan memberi nilai penjimatan RM5.3 juta kepada 1.28 juta isi rumah.
"Pelaksanaan Jualan Agro Madani ini dilihat sebagai antara program 'quick win' KPKM dalam membantu pengeluar memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna dan pada masa sama dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama dalam komponen makanan melalui harga penjimatan yang ditawarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program Jualan Agro Madani Tanjung di pekarangan Prangin Mall, di sini, turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Tanjung Lim Hui Ying.
Mohamad berkata fokus Jualan Agro Madani di seluruh negara pada tahun ini adalah untuk menjamin ketersediaan bekalan agromakanan dan memberi pilihan kepada pengguna mendapatkan bekalan agromakanan pada harga yang berpatutan.
Katanya melalui jualan itu juga, komoditi jualan diperluaskan meliputi produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran termasuk sayur, buah-buahan, ayam, telur, ikan dan daging.
"Antara fokus lokasi bagi Jualan Agro Madani ini adalah di kompleks atau premis kerajaan, 'outlet' peruncitan agensi di bawah KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, kawasan miskin bandar dan pinggir bandar.
"KPKM juga merancang untuk memperluaskan program jualan itu pada tahun depan bagi memberikan lebih penjimatan kepada pengguna, bukan kita bersaing dengan peniaga di luar tetapi nak bantu isi rumah mendapatkan barang keperluan lebih jimat hingga 30 peratus," katanya.
Menurutnya melalui program itu, ia membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan nasib golongan yang memerlukan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi.
Program Jualan Agro Madani merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang telah dilaksanakan oleh KPKM melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023

Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya turut menyasarkan penyertaan 46,000 usahawan di seluruh negara. - Gambar fail

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

KPKM pastikan pindaan Akta 522 siap, dikuatkuasakan tahun ini
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memastikan pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) dapat dipersiapkan dan seterusnya dikuatkuasakan pada tahun ini.

KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras
KPKM kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.

Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.

KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import
KPKM telah diminta untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.

KPKM salur RM13.23 juta kepada pesawah terjejas banjir tahun ini
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM13.23 juta kepada 6,747 pesawah yang terjejas banjir pada tahun ini.

KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).

PKPS lancar projek Bawang Rose Ehsan, catat tuaian tertinggi empat tan perekar
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah melancarkan Projek Bawang Rose Ehsan, sebuah inisiatif strategik yang menggabungkan teknologi moden Internet of Things (IoT).