KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan pelaksanaan 900 program Jualan Agro Madani di seluruh negara pada tahun 2023.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, KPKM menjelaskan, sebanyak RM13.5 juta nilai jualan disasarkan menerusi jualan Agro Madani yang melibatkan seramai 13,000 usahawan.
Dianggarkan sejumlah 1.8 juta isi rumah golongan B40 dan M40 akan menikmati penjimatan melalui program Jualan Agro Madani.
"Untuk rekod, sehingga 30 April 2023, sebanyak 424 program telah dianjurkan melibatkan 6,312 orang usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM9.35 juta," kata kenyataan tersebut.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian dan ketersediaan bagi pengguna mendapatkan bekalan produk-produk segar terpilih pada kadar harga yang berpatutan dengan penjimatan di antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.
"Produk-produk yang ditawarkan seperti produk segar sayur, buah, ayam, telur, ikan, dan daging.
"Selain itu, turut ditawarkan produk barang kawalan seperti minyak, tepung, beras, dan keperluan produk makanan asas terpilih.
"Program ini juga dapat mengurangkan lapisan perantara pasaran daripada pengeluar kepada pengguna melalui konsep jualan terus," katanya lagi.
Program Jualan Agro Madani akan diadakan di lokasi-lokasi strategik dan terpilih seperti di Kompleks Kerajaan, Outlet Peruncitan Agensi di bawah KPKM, kawasan perumahan, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan bandar dan pinggir bandar yang berkepadatan tinggi dengan penduduk B40 dan M40.
Program Jualan Agro Madani merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang telah dilaksanakan oleh KPKM melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Astro Awani
Wed May 24 2023
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian dan ketersediaan bagi pengguna mendapatkan bekalan produk-produk segar terpilih pada kadar harga yang berpatutan. - Gambar hiasan
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import
KPKM telah diminta untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPKM salur RM13.23 juta kepada pesawah terjejas banjir tahun ini
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM13.23 juta kepada 6,747 pesawah yang terjejas banjir pada tahun ini.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
PKPS lancar projek Bawang Rose Ehsan, catat tuaian tertinggi empat tan perekar
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah melancarkan Projek Bawang Rose Ehsan, sebuah inisiatif strategik yang menggabungkan teknologi moden Internet of Things (IoT).
Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir
Kerajaan komited untuk mengkaji jenis bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat banjir.
Pendaftaran STTP masih rendah dalam kalangan pesawah - LPP
Pesawah di seluruh negara diseru mencarum dengan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai risiko bencana alam.
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.