BACHOK: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM400,000 untuk membina pam dan telaga tiub bagi mengatasi masalah air ketika musim kemarau.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah itu diambil bagi mengatasi masalah utama kepada pesawah yang kekurangan punca air untuk tanaman mereka.
"Kita sediakan pam-pam air ini terutama pada musim kemarau supaya petani dapat mengusahakan tanaman padi mereka.
"Sekiranya pam-pam ini belum mencukupi, kita akan pertimbang untuk menambah lagi pam seperti ini sebelum ada kaedah pengairan yang lebih sesuai pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas meninjau pam air di Kampung Kubang Telaga di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata cuaca panas dan kemarau menyebabkan kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berdepan masalah bekalan air apabila Rumah Pam Kemubu tidak dapat mengairi beberapa kawasan tanaman padi di Kota Bharu Selatan, Kota Bharu Utara, Pasir Puteh dan Bachok.
"Keadaan cuaca panas menyebabkan air Sungai Kelantan menyusut sekali gus Pam Kemubu tidak dapat mengairi keseluruhan 16,113 hektar tanaman padi di kawasan terlibat sejak hampir sebulan lalu.
"Sehingga kini, KADA menyediakan tiga pam khas iaitu di kawasan bendang Aur Duri (Kota Bharu Utara), Kg Keling (Kota Bharu Selatan) dan Sungai Kemasin (Bachok) bagi membantu mengairi sawah petani," katanya.
Mohamad berkata KADA juga telah mengagihkan hampir 500 pam mudah alih kepada petani di kawasan KADA.
"Dalam keadaan cuaca panas yang berpanjangan ini, KADA dan petani akan bekerjasama memastikan padi yang mula ditanam pada awal Januari dapat dikutip hasilnya menjelang Mei atau Jun ini.
"Saya ingin ucapkan terima kasih atas kesanggupan petani membina sistem paip sendiri bagi mengelakkan lebih banyak kerugian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Mohamad Sabu berkata langkah itu diambil bagi mengatasi masalah utama kepada pesawah yang kekurangan punca air untuk tanaman mereka. - Foto fail/BERNAMA
Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.
Kesemua mangsa terlibat berkemungkinan terkorban
Pihak Berkuasa Washington menjangkakan kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas pertembungan di udara melibatkan sebuah pesawat komersial dengan helikopter di Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan, terkorban.
Dialog ASEAN: ASEAN-Malaysia 2025 | From turmoil to Trump 2.0
How will Malaysia steer ASEAN through shifting geopolitics, economic hurdles and regional turmoil ? Could a second Trump presidency shake up the bloc’s dynamics? Join our guests as they unpack what’s at stake for ASEAN 2025.
Malaysia Negara ASEAN Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf di Gaza
Malaysia kini berada di landasan sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, sebuah projek berimpak tinggi di bawah naungan Perdana Menteri.
Pertemuan Semula Selepas 11 Tahun, Detik Mengharukan di Aleppo
Selepas 11 tahun, Hilal Azmi kembali ke Aleppo, Syria, untuk bertemu semula dengan warga yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya. Rasai kehangatan, ketabahan, dan kisah-kisah inspirasi rakyat Syria dalam perjalanan penuh emosi ini.
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
AWANI Sabah+: Potensi Sabah jadi jelapang padi negara
Dengan keluasan 73,904 kilometer persegi, dan menerima taburan hujan sepanjang tahun, Sabah berpotensi menjadi jelapang padi baharu negara.
AWANI Ringkas: Gencatan Senjata | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia-Thailand: Lawatan Khaled ke Bangkok perkukuh hubungan pertahanan
Lawatan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha mengukuh dan mempertingkat hubungan diplomasi antara malaysia dan thailand khususnya dalam konteks pertahanan.
Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama trilateral
WestStar GAP, satu kerjasama antara WestStar Aviation dan syarikat minyak Timor Leste Petroleo atau Timor GAP melakar sejarah apabila mereka akan menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) pada Jumaat.
Bagi menyaksikan kerjasama itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tiba di Dili, Timor Leste pada 4.30 petang tadi.
Wartawan Khalis Khadir, ada laporannya
Bagi menyaksikan kerjasama itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tiba di Dili, Timor Leste pada 4.30 petang tadi.
Wartawan Khalis Khadir, ada laporannya
Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.
Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.