Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini diminta mengkaji semula kualiti bahan binaan yang digunakan kontraktor dalam memajukan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata gesaan itu dibuat berdasarkan tinjauannya di PPR Sungai Melana di Taman Perling di sini, yang mendapati banyak unit telah rosak di bahagian bumbung, walaupun baru sahaja beberapa bulan diduduki penduduk.
Katanya, sebahagian besar penduduk juga tidak mempunyai bekalan elektrik kerana pendawaian yang dilakukan kontraktor gagal menepati piawaian yang dikehendaki Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Bangunan PPR ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, namun disebabkan tindakan kontraktor yang menggunakan bahan kurang bermutu, ia telah mendatangkan masalah kepada penduduk yang baharu sahaja hendak pindah masuk.
"Oleh itu, kita meminta KPKT mengkaji semula bahan binaan yang digunakan serta memantau perkembangan projek bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang," katanya.
Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke atas PPR itu, di sini hari ini.
Pembinaan PPR Sungai Melana terbahagi kepada dua fasa merangkumi 1,170 unit rumah pangsa dengan anggaran kos kira-kira RM147 juta.
Pembangunan fasa pertamanya bermula pada 1 Okt 2009 dan ia telah siap sepenuhnya manakala fasa kedua pula sedang dibangunkan. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2016
Sebahagian besar penduduk juga tidak mempunyai bekalan elektrik kerana pendawaian yang dilakukan kontraktor gagal menepati piawaian yang dikehendaki TNB. - Gambar fail
Penyokong Trump rai perhimpunan pra-angkat sumpah
Ribuan penyokong Donald Trump menghadiri "Make America Great Again Victory Rally" di Capital One Arena pada Ahad untuk meraikan kemenangannya sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan.
Para penyokong bersorak dan menari ketika menunggu kehadiran Trump, diiringi persembahan pemuzik Kid Rock.
Para penyokong bersorak dan menari ketika menunggu kehadiran Trump, diiringi persembahan pemuzik Kid Rock.
ADUN Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia
Mohamad Hamsan Awang Supain, 65, menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam tadi di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu akibat serangan jantung.
Tebusan Israel dibebaskan, diterbangkan ke Tel Aviv
Tiga tebusan Israel yang dibebaskan dari Gaza, diterbangkan ke Tel Aviv, menggunakan helikopter pada Ahad.
Ambulans dilaporkan bersedia untuk membawa mereka ke Pusat Perubatan Sheba, sementara orang ramai bersorak dengan melaungkan nama mereka.
Ambulans dilaporkan bersedia untuk membawa mereka ke Pusat Perubatan Sheba, sementara orang ramai bersorak dengan melaungkan nama mereka.
Gencatan senjata: Hamas beri komitmen, gesa Israel patuh perjanjian
Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa di Gaza pada hari Ahad.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Polis India tahan suspek serang Saif Ali Khan
Suspek, yang dipercayai warganegara Bangladesh berusia 30 tahun, ditahan di bandar Thane yang bersempadan dengan Mumbai.
Menteri Luar Estonia cadang TikTok diharamkan di Eropah
Eropah perlu pertimbang haramkan TikTok kerana platform itu didakwa menyebarkan maklumat palsu.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Flat kos rendah diwajib ada taska - Noh Omar
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan flat kos rendah mempunyai Taska, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.
Tanah runtuh Serendah: Kerajaan sedia beri bantuan kepada 64 keluarga - Noh
Dua bentuk bantuan perumahan akan diberikan iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah yang dibina di atas tanah mangsa tanah runtuh sendiri.
Kos sampingan PBT antara faktor harga rumah tinggi - Halimah
KPKT mendapati kos sampingan dikenakan PBT antara faktor menyebabkan harga rumah di pasaran tinggi.
Perak harap 2,000 unit PPR dibina tahun depan
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) akan diminta untuk menggerakkan usaha agar kementerian dapat membina rumah tersebut di Perak.
KPKT harus buat kajian tentang kualiti bahan binaan PPR - Jazlan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini diminta mengkaji semula kualiti bahan binaan yang digunakan kontraktor dalam memajukan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Isu Sungai Kilim: Kebocoran di tapak pembuangan sampah punca pencemaran
Bagaimanapun, menurut beliau, kerja pembaikan sedang giat dijalankan ditapak berkenaan.
Langkah kawal harga rumah beri impak positif
Langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mengawal harga rumah dan mengelakkan spekulasi harga rumah telah menunjukkan kesan positif.
Kerajaan negeri Sabah dicadang kenakan syarat pemaju bina 50 peratus rumah mampu milik
Syarat seperti itu penting untuk berlaku adil kepada ramai rakyat Sabah yang ingin memiliki rumah namun tidak berupaya berbuat demikian.
Asingkan kuasa JPM sebagai agensi penguatkuasa dan pembangun hartanah - Rahman
Datuk Abdul Rahman berkata satu agensi perlu diwujudkan bagi membantu JPM lebih produktif dan berdaya saing dalam industri hartanah serta perumahan negara.