KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membantu penggiat industri seni sebagai pemudah cara mengenai isu cukai hiburan dengan kerajaan negeri.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kementerian itu akan cuba membantu golongan tersebut memandangkan pengenaan cukai hiburan terletak dalam bidang kuasa pihak berkuasa negeri.
"Saya mendengar keresahan dan keluhan yang membelenggu penggiat industri berkenaan cukai hiburan yang hangat dibincangkan. Saya faham bukan senang untuk menghasilkan karya yang berkualiti serta menepati jiwa dan selera para penonton," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook beliau hari ini.
Dalam hantaran itu, Reezal Merican turut memaklumkan beliau hari ini bertemu penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam serta pemilik Studio Kembara yang juga penerbit filem Mat Kilau, Abdul Rahman Mat Dali.
Beliau berkata dalam pertemuan tersebut mereka membincangkan mengenai perkembangan industri seni negara serta kejayaan filem Mat Kilau yang kini mencipta rekod yang amat mengagumkan.
Reezal Merican berkata, industri seni juga sebahagian daripada komponen yang melengkapi aspek daya huni Keluarga Malaysia dan mengharapkan industri seni negara akan terus berkembang dengan membawa mesej membina merentas generasi.
"Pada akhirnya - seni kita wajah kita," katanya.
Wujud keluhan dalam kalangan warga industri hiburan mengenai cukai hiburan sebanyak 25 peratus yang dikenakan kepada penggiat seni termasuk penerbit filem, yang disifatkan terlalu tinggi dan ramai mendesak agar kadar cukai itu dikurangkan atau dipulangkan kembali kepada industri kreatif bagi manfaat mereka.
Perkara tersebut mula mendapat perhatian apabila filem Mat Kilau yang masih ditayangkan di seluruh negara berjaya mencatat kutipan sebanyak RM71 juta setelah 19 hari tayangan sekali gus menjadi filem tempatan mencatat kutipan paling tinggi dalam sejarah negara setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
![KPKT jadi pemudah cara isu cukai hiburan penggiat seni dengan kerajaan negeri - Reezal Merican KPKT jadi pemudah cara isu cukai hiburan penggiat seni dengan kerajaan negeri - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653645294_MenteriPerumahanda.jpg)
Reezal Merican turut memaklumkan beliau hari ini bertemu penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam serta pemilik Studio Kembara yang juga penerbit filem Mat Kilau, Abdul Rahman Mat Dali. - Gambar fail
AWANI Ringkas 13 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 Februari 2025
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Maklumat hospital 'cloud base' dijangka siap 2028
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739373668_AzamBaki.jpg)
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012 KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739453860_tbSaifuddinNasution.jpg)
KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
![Tiket MotoGP: KBS komited perjuang pengurangan cukai hiburan Tiket MotoGP: KBS komited perjuang pengurangan cukai hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680827240_HannaYeohbukapuas.jpg)
Tiket MotoGP: KBS komited perjuang pengurangan cukai hiburan
KBS juga terima banyak permintaan bagi pengecualian mahupun pengurangan cukai hiburan untuk acara berkaitan belia.
![KPKT jadi pemudah cara isu cukai hiburan penggiat seni dengan kerajaan negeri - Reezal Merican KPKT jadi pemudah cara isu cukai hiburan penggiat seni dengan kerajaan negeri - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653645294_MenteriPerumahanda.jpg)
KPKT jadi pemudah cara isu cukai hiburan penggiat seni dengan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican telah bertemu Datuk Yusof Haslam serta pemilik Studio Kembara yang juga penerbit filem Mat Kilau, Abdul Rahman Mat Dali.
![Ketiadaan cukai hiburan, Selangor hilang lebih RM50 juta - MB Ketiadaan cukai hiburan, Selangor hilang lebih RM50 juta - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638983352_AmirudinShari.jpg)
Ketiadaan cukai hiburan, Selangor hilang lebih RM50 juta - MB
Kerajaan negeri kehilangan lebih RM50 juta disebabkan ketiadaan cukai hiburan, antaranya kerana panggung wayang tidak beroperasi.
![Pembukaan semula pawagam: GSC harap penonton patuh SOP Pembukaan semula pawagam: GSC harap penonton patuh SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614828123_KohMeiLee.jpg)
Pembukaan semula pawagam: GSC harap penonton patuh SOP
Langkah itu bagi mencegah jangkitan COVID-19 sekali gus membantu pihak pengusaha industri untuk terus menyediakan platform hiburan kepada penonton seisi keluarga.
![Pendapatan negeri Perak meningkat bukan kerana pusat hiburan Pendapatan negeri Perak meningkat bukan kerana pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566892745_AhmadFaizalAzumu.jpg)
Pendapatan negeri Perak meningkat bukan kerana pusat hiburan
Peningkatan itu turut disumbang oleh pembayaran premium kerajaan Persekutuan sekali gus membantu tingkatkan lebihan tunai kerajaan negeri.