SUNGAI BULOH: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan 56 daripada 700 permohonan bantuan kewangan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) membabitkan peruntukan sebanyak RM7.45 juta.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM50 juta bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan Perpaduan kepada organisasi RIBI di seluruh negara untuk menyelenggara dan membaik pulih rumah ibadat masing-masing bagi memberi keselesaan kepada penganutnya.
"Pasukan bertindak KPKT sedang menjalankan proses saringan terhadap baki permohonan diterima bagi memastikan yang layak dapat diberikan bantuan.
"Saya berharap peruntukan diterima kelak dapat membantu meringankan beban organisasi RIBI dalam negara untuk membaik pulih RIBI masing-masing dengan lebih teratur, selain memberi keselesaan kepada pengunjung," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan cek cura bantuan kewangan RIBI bernilai RM109,200 di Kuil Sri Maha Vana Dhurgai Amman, di sini, pada Selasa.
Nga berkata, selain Kuil Sri Maha Vana Dhurgai Amman, lapan RIBI lagi di Selangor turut menerima bantuan ialah Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Ramar Alayam, Selayang Bharu (RM102,200); Persatuan Pengurusan Kuil Sri Muneeswarar Alayam, Batu Caves (RM187,300) dan Persatuan Penganut Kuil Sri Subramaniar Swamy, Kuala Selangor (RM51,685.28).
Selain itu, Kuil Thirumurugan, Sabak Bernam (RM79,000); Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Desa Aman, Sungai Buloh (RM57,700); Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Taman Ladang Jaya, Glenmarie (RM142,300) dan Geeta Ashram Malaysia, Petaling Jaya (RM110,000). - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Nga berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM50 juta bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan Perpaduan kepada organisasi RIBI di seluruh negara. - Gambar Bernama

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.

KPKT peruntuk hampir RM18 juta laksana 10 projek di Pulau Pinang
Peruntukan itu meliputi kategori bina baharu, baik pulih pembangunan, kerja-kerja menaik taraf landskap serta penyaluran peruntukan kepada enam Rumah Ibadat Bukan Islam.

KPKT lulus RM2.65 juta, selenggara 20 rumah ibadat bukan Islam di Kuala Lumpur
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM2.65 juta, untuk penyelenggaraan 20 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di Kuala Lumpur.

KPKT lulus 56 bantuan RIBI berjumlah RM7.45 juta
Peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM50 juta bantuan oleh kerajaan untuk menyelenggara dan membaik pulih rumah ibadat masing-masing.