KUALA TERENGGANU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan berjumlah RM3.4 juta bagi memulihkan lima projek perumahan swasta terbengkalai di Terengganu.
Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata peruntukan itu diluluskan hasil mesyuarat task force yang dipengerusikannya pada 24 Mei lepas.
"Kami dah tengok, jadi untuk Terengganu kita (KPKT) akan peruntuk RM3.4 juta bagi teliti beberapa projek yang terbengkalai untuk kita pulihkan.
"Jumlah itu akan disalurkan kepada lima buah projek terbengkalai daripada 12 keseluruhannya di negeri ini membabitkan beberapa daerah antaranya Kuala Terengganu," katanya kepada pemberita selepas melawat projek perumahan swasta sakit di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan negeri bagi memperincikan kaedah penyaluran dan pengurusan peruntukan tersebut.
"Sebab bagi saya memang kita nak bantu pembeli yang terkesan dengan projek-projek bermasalah. Jadi, insya-Allah kita akan salurkan melalui kerajaan negeri," katanya.
Ditanya mengenai jangkaan pihaknya untuk memastikan kelima-lima projek itu siap sepenuhnya, beliau berkata KPKT menyasarkan ia disiapkan pada tahun hadapan.
Akmal Nasrullah berkata keseluruhannya terdapat 24 projek perumahan sakit di Terengganu ketika ini dan KPKT bersama-sama kerajaan negeri akan terus memantau laporan dikemukakan pihak pemaju dalam mengatasi isu tersebut serta akan melihat kaedah terbaik melancarkan kembali projek terbengkalai lain.
Sementara itu, beliau berkata KPKT sedang dalam fasa untuk membersihkan semula data dan statistik bilangan keseluruhan projek sakit dan terbengkalai di seluruh negara.
"Ia bersifat dinamik. Bulan lepas saya umumkan jumlahnya sebanyak 435 buah projek sakit dan 112 terbengkalai, dan di Kuala Lumpur baru-baru ini pula saya maklumkan bilangannya meningkat.
"Jadi untuk bolehkan data itu konsisten maka segala data itu kita luluskan dalam mesyuarat task force yang dipantau Jabatan Perumahan Negara (JPN). Setiap bulan task force wajib untuk pastikan ada data yang selaras," katanya.
Katanya berdasarkan rekod pada suku pertama tahun ini, KPKT berjaya melancarkan kembali 92 projek dengan 80 daripadanya telah memperoleh Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), manakala 12 lagi telah kembali berjalan mengikut jadual pembinaan yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (kiri) bercakap kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja di tapak projek perumahan Desa Gelugur Murni hari ini. - Foto BERNAMA
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia
KPKT menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia bertepatan peranan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta membida jawatan Presiden Perhimpunan UN-Habitat PBB.
Penantian hampir 10 tahun pemilik PPR Ampar Tenang berakhir - Aiman Athirah
Proses penyerahan kunci kepada pemilik akan selesai tahun ini bagi membolehkan mereka memasuki kediaman masing-masing.
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.