ALOR SETAR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM36.34 juta bagi melaksanakan 95 projek menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di Kedah, tahun ini.
Menterinya Nga Kor Ming berkata kesemua peruntukan tersebut akan disalurkan secepat mungkin kepada 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk melaksanakan projek di kawasan masing-masing.
Beliau berkata penyaluran peruntukan di bawah Program Sentuhan Kasih KPKT itu merupakan peruntukan yang besar sekiranya dimanfaatkan tanpa ketirisan dan pembaziran.
"Saya juga ingin maklumkan semua 11 PBT, setiap peruntukan diberikan adalah berdasarkan 'bajet berasaskan prestasi', (jadi) adalah penting majlis bandaraya, majlis perbandaran, majlis daerah kena pastikan supaya setiap peruntukan ini dilaksanakan dengan sempurna.
"PBT juga perlu buat kerja-kerja analisis kos faedah, ada pulangan pelaburan (ROI) dan menepati kebolehlaksanaan supaya peruntukan ini sampai kepada rakyat dan rakyat akan menerima manfaatnya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pasar Teluk Wanjah di sini hari ini.
Nga berkata antara projek tersebut termasuk menaik taraf pasar awam, baik pulih tandas, membaiki jalan rosak serta memasang lampu jalan dengan projek yang memberi impak tinggi kepada rakyat akan diberikan keutamaan.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan peruntukan tersebut bukan diumumkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat, sebaliknya ia merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, sempena lawatan kerjanya ke Kedah hari ini, Nga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.2 juta bagi melaksanakan 13 projek menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar.
Projek-projek tersebut meliputi membina Dataran Kejat di Medan Selera Darul Aman, menaik taraf infrastruktur Pasar Malam Mergong Jaya, membina Dewan Dato' Syed Omar, menaik taraf lampu limpah dan padang bola sepak di Kompleks Mini Stadium Peremba serta menyelenggara beberapa kolam takungan dan sistem perparitan.
Turut hadir pada lawatan itu Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib dan Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mohd Yusri Md Daud.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023
Nga berkata kesemua peruntukan tersebut akan disalurkan secepat mungkin kepada 11 PBT di negeri ini untuk melaksanakan projek di kawasan masing-masing. -Gambar fail
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.
Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia
KPKT menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia bertepatan peranan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta membida jawatan Presiden Perhimpunan UN-Habitat PBB.
Penantian hampir 10 tahun pemilik PPR Ampar Tenang berakhir - Aiman Athirah
Proses penyerahan kunci kepada pemilik akan selesai tahun ini bagi membolehkan mereka memasuki kediaman masing-masing.