SHAH ALAM: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan peruntukan awal RM50 juta kepada 51 pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan terjejas banjir di seluruh negara bagi kerja pembaikan kemudahan awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata peruntukan itu akan meningkat memandangkan masih ada negeri yang banjir belum pulih sepenuhnya.
"Peruntukan awal RM50 juta ini hanya khas untuk pembaikan infrastruktur awam namun angka itu saya tidak boleh letakkan sebagai statik. Ada negeri yang belum lagi (pulih banjir). Segamat di Johor contohnya masih lagi bertakung. Jadi tentulah angka itu akan naik.
"Jadi, mereka (51 PBT) akan maklumkan kepada kita apa perancangan yang akan dilakukan. Cuma, kalau perancangan yang lebih besar dan jangka panjang sama ada dari segi pengairan dan sebagainya itu sudah tentu kena ada perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)," katanya.
Beliau berkata pada sidang media Program Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini hari ini yang dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid serta sekitar 2,000 sukarelawan.
Reezal Merican berkata KPKT akan mengadakan satu sidang media khas bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) minggu hadapan untuk memaklumkan jumlah keseluruhan peruntukan khususnya berhubung pembaikan serta pembinaan rumah baharu.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan antara tanggungjawab kementerian itu ketika banjir baru-baru ini ialah operasi menyelamat yang dilaksanakan oleh bomba dan diikuti operasi pembersihan menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bersama syarikat konsesi pembersihan kerajaan negeri antaranya SWCorp Waste Management di Selangor.
Reezal Merican berkata lebih 77,000 tan sampah telah diuruskan SWCorp di negeri terjejas banjir iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan Selangor setakat semalam (7 Jan).
"Tapi kena ingat ada negeri-negeri yang belum masuk fasa pascabanjir lagi, jadi angka ini akan bersifat dinamik...ia mungkin akan berubah dan meningkat," katanya.
Beliau berkata sebanyak RM12.5 juta peruntukan tambahan telah disediakan KPKT bagi membolehkan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri terjejas banjir dan lebih RM5 juta diperuntukkan di Selangor.
Terdahulu, Program Mega Pembersihan Pasca Banjir hari ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan sisa banjir khususnya di longkang tersumbat di Taman Sri Muda yang dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon A (padang berhampiran Dewan Kamunting); Zon B (Pusat Kitar Semula Tzu Chi); Zon C (padang Jalan Ceria 25/113) dan Zon D (padang depan Pangsapuri Andora).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
Reezal berkata peruntukan awal RM50 juta ini hanya khas untuk pembaikan infrastruktur awam. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.