KUCHING: Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperuntuk sejumlah RM60.1 juta kepada Sarawak tahun ini menerusi program Sentuhan Kasih.
Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata peruntukan itu membabitkan sejumlah 360 projek menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam bagi mempertingkat keselesaan, keselamatan serta kesejahteraan penduduk.
"Lawatan kerja saya hari ini juga adalah untuk melihat projek Perparitan dan Laluan Pejalan Kaki di Taman Perumahan BDC, Indian Street dan Residensi Bintawa Waterfront," katanya selepas perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya di sini semalam.
Beliau berkata bagi kerja baik pulih perparitan dan laluan pejalan kaki di Taman BDC, sejumlah RM661,970 telah diluluskan kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan.
"Naik taraf ini melibatkan laluan pejalan kaki di lorong belakang perumahan iaitu Lorong E2 dan Lorong E4, Lorong B1 dan Lorong A6 manakala di kawasan Indian Street pula, peruntukan sebanyak RM150,000 telah disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk menaik taraf lorong pejalan kaki di Masjid India bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada pejalan kaki yang menggunakan laluan itu," katanya.
Nga juga berkata KPKT, melalui Jabatan Kerajaan Tempatan, akan sentiasa menjalin kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
Nga (tengah) hadir pada majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya di Kuching, 6 Nov 2023. - Foto Facebook KPKT Malaysia
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia
KPKT menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia bertepatan peranan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta membida jawatan Presiden Perhimpunan UN-Habitat PBB.
Penantian hampir 10 tahun pemilik PPR Ampar Tenang berakhir - Aiman Athirah
Proses penyerahan kunci kepada pemilik akan selesai tahun ini bagi membolehkan mereka memasuki kediaman masing-masing.
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.