KUANTAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan 70 peratus pembabitan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dalam program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) menjelang 2025 bagi mewujudkan komuniti sejahtera, bersih dan lebih mampan.
Timbalan Menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata setakat ini 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program berkenaan sejak dilancarkan pada 2019.
"Secara keseluruhannya, program ini berjaya mengumpulkan kutipan sisa kitar semula sebanyak 461,685.64 kilogram (kg) bernilai RM138,502.20 manakala minyak masak terpakai (mencatatkan pengumpulan sebanyak) 47,026.30 kilogram bernilai RM117,558.19.
"Program ini akan membantu penduduk di PPR menjana kewangan mereka melalui program kitar semula (menukar barangan kitar semula kepada tunai) dan KOSIS akan dikembangkan lagi (sebagai satu daripada cara mencapai) sasaran kadar kitar semula kebangsaan kepada 40 peratus tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB): Karnival Komuniti Program Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra 3 di sini semalam.
Terdahulu, Aiman Athirah ketika berucap berkata program di bawah kendalian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu bertujuan memberi peluang kepada komuniti untuk terlibat sama dalam menguruskan aktiviti kitar semula.
Beliau berkata ia sejajar dengan Dasar Komuniti Negara yang memberdaya komuniti setempat untuk terlibat secara aktif dalam usaha penyenggaraan dan pengurusan harta awam, harta bersama serta membangunkan komuniti secara inklusif bagi mencapai kesejahteraan hidup dan pembangunan mampan.
"SWCorp akan menyerahkan pengurusan Pusat KOSIS kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau persatuan penduduk setempat setelah tahap kesedaran dan penglibatan komuniti dalam aspek kitar semula ini mencapai tahap yang tinggi.
"Keputusan ini adalah langkah yang bermakna dalam memberikan kuasa kepada komuniti menguruskan pusat KOSIS mengikut keperluan dan kehendak sendiri. Pusat KOSIS PPRS Pinggiran Putra ini dipilih sebagai satu daripada Pusat KOSIS yang akan diserahkan pengurusannya kepada persatuan penduduk atau JMB tahun ini," katanya.
Beliau berkata penyerahan pusat KOSIS yang lain kepada komuniti dan persatuan penduduk akan diselaraskan secara berperingkat mulai tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024

Aiman Athirah bercakap kepada media pada Program Kemampanan Komuniti Bandar: Karnival Komuniti Program Perumahan Rakyat Disewa Pinggiran Putra 3 di Kuantan, 26 Mei 2024. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Papan tanda 'Tidak Pada Dadah' dicadang antara syarat konsert permit konsert
Polis Selangor mencadangkan papan tanda atau plakad 'Tidak Pada Dadah' diletakkan pada laluan masuk ke tempat konsert sebagai syarat permit permohonan penganjuran konsert di negeri berkenaan.

Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.

Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.

RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.

JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.

Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.