Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menggubal polisi berkaitan projek perumahan terbengkalai bagi memperkemaskan lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menangani isu itu pada masa hadapan.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata ini kerana beliau mendapati terdapat beberapa perkara dalam SOP itu kurang keberkesanannya dan mengambil masa panjang untuk menguruskan projek terbengkalai itu.
"Jadi saya tengah lihat penggubalan polisi baharu agar lebih efektif, praktikal dan mudah dilaksanakan," katanya pada sidang media semasa Majlis Iftar Perdana dan sumbangan kepada fakir miskin di Masjid Batu 5, Taman Ria Mesra dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Kedah Azman Nasrudin.
Zuraida berkata setakat ini terdapat 354 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi.
Beliau berkata kebanyakan projek itu terbengkalai disebabkan pemaju tidak mampu meneruskan projek berkenaan kerana masalah kewangan.
"(Projek perumahan terbengkalai) ada satu tempoh, bila datang ke kementerian kita akan isytihar ia adalah projek perumahan terbengkalai. Kita akan cuba mencari kontraktor penyelamat dan berikan dana untuk meneruskan projek terbengkalai itu dalam situasi tertentu. (Selain itu) ada juga pihak swasta datang untuk jadi kontraktor penyelamat dan mendapatkan pinjaman bank," katanya.
Dalam pada itu, katanya KPKT dalam usaha untuk menyeragamkan kawalan import sisa plastik melibatkan kesemua 26 jenis kod kerana ketika ini hanya sisa plastik kod HS 3915 ditetapkan bagi pemeriksaan pihak berkuasa.
Sehubungan itu, Zuraida berkata kementeriannya mengambil langkah membentuk sebuah jawatankuasa untuk usaha penyeragaman itu yang turut melibatkan penyertaan daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2019
Kebanyakan projek terbengkalai disebabkan pemaju tidak mampu meneruskan projek berkenaan kerana masalah kewangan. - Gambar fail/BERNAMA
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
KPKT salur RM1.21 juta kepada PBT jayakan tujuh kempen persekitaran sepanjang 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan RM1.21 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjayakan Kempen Persekitaran KPKT sepanjang 2024.
Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.
KPKT peruntuk RM14 juta bina semula Pasar Pasir Pinji Ipoh
KPKT menyalurkan peruntukan RM14 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji di Ipoh, yang bakal menempatkan 214 peniaga.
KPKT alu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi
KPKT mengalu-alukan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap mana-mana jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.
Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal
Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah meskipun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.
KPKT peruntuk RM500,000 naik taraf Gerbang Malam di Ipoh - Kor Ming
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM500,000 bagi kerja-kerja menaik taraf pasar Gerbang Malam yang terletak di Jalan Dato Tahwil Azar.
KPKT sasar 50 PBT laksana inisiatif baharu, perkemas prosedur OSC
KPKT menyasarkan 50 PBT untuk melaksanakan inisiatif Industrial Green Lane, Prerequisite dan Self-Regulation tahun ini.
JBPM kini miliki kekuatan hampir 30,000 pegawai, anggota - Reezal Merican
Jumlah itu terdiri daripada 13,000 pegawai dan anggota tetap, lebih 2,000 pegawai bomba bantuan serta lebih 13,000 pegawai bomba sukarela.
KPKT bangunkan Indeks Harga Rumah Mampu Milik
Indeks tersebut wajar diadakan memandangkan standard atau definisi rumah mampu milik bagi lain-lain lokaliti malahan negeri adalah berbeza.